Ahad, 9 Jun 2013

Sukan Persahabatan antara DBP dengan Majlis Daerah Bera, Pahang.


6/6/2013 (Jumaat)

Aku balik awal untuk membawa anak-anakku berjalan di musim cuti di Temerloh, Pahang. Memandangkan kami semua belum makan tengahari, suamiku singgah di restoran mamak Sri Gombak,   Kami makan nasi beriyani.  Sedap juga, mungkin perut sudah lapar agaknya.   Selepas makan tengahari, kami pun bertolak.  Sebelum bertolak, aku memberitahu suamiku di cermin luar ada surat yang terselit di wiper.   Rupa-rupanya kami dapat surat saman sebanyak RM60.00 kerana tidak membayar tempat letak kereta.   Dalam hatiku rasa marah dan geram dan bertanya kepada suamiku kenapa tidak bayar parking yang tidak berapa sen.   Suamiku membertahuku, ia juga tidak tahu langusng tempat itu dikenakan bayaran letak kereta.   Aku memberitahu suamiku, jika boleh buatlah surat rayuan kepada Majlis Bandaran Selayang kelak.   Kami  teruskan perjalanan dan akhirnya sampai di Sri Malaysia Temerloh, hampir pukul 6.30 petang. Sempat juga anak-anakku mandi di kolam. Malam itu kami berlegar-legar di Pekan Temerloh. Kebanyakan kedai telah ditutup, walaupun ketika itu jarum jam baru menunjukkan pukul 8.30 malam.


 

Tidak sampai 15 minit anak-anakku mandi, Irfan asyik batuk-batuk sahaja seolah-olah seakan semput.  Risau juga kerana jika ia betul-betul semput, sudah tentu akan menjadi masalah untuk mencari klinik pula kerana tidak semua klinik ada penyedut oksigen itu.


Pagi itu, aku bangun awal untuk mengemas baju dan barang-barang lain takut ada yang tertinggal nanti, kerana kami akan bertolak ke bandar Bera pukul 9.30 pagi Selepas check-out, rupanya ada pekan sehari berdekatan dengan hotel Sri Malaysia. Sempat juga aku membeli serbuk kunyit hidup. Serbuk ini dibuat sendiri oleh orang kampung dengan tiada campuran bahan awet. Aku amat suka serbuk kunyit ini, kerana jika dibuat masakan pun baunya wangi tidak seperti serbuk kunyit yang siap di jual di dalam paket di pasaraya. Di samping itu ada ikan yang baru ditangkap di sungai. Kelihatan insang Ikan baung dan ikan patin masih lagi bergerak-gerak menunjukkan ia baru ditangkap. Sayang sekali aku tidak membawa coleman, kalau tidak dapat juga aku membeli ikan segar itu untuk membuat gulai kari ikan baung, perrhhhh!  kecur air liur aku bila membayangkannya.....







Di kiri dan kanan kelihatan ikan salai iaitu ikan yang dijemur pada matahari, tetapi aku tidak membelinya.   Aku berjalan lagi di pekan itu dan terjumpa buah salak. Buah salak ini merupakan buah kegemaran aku. Harganya pun murah sahaja 1 kilogram berharga RM6.00. Sempat aku mengambil gambar si comel yang menolong ibunya menjual buah salak ini. Suamiku pula membeli serbuk kopi yang dibuat sendiri oleh orang Melayu.


Pelbagai jenis barangan ada dijual pekan sehari di situ.  Yang paling banyak dijual ialah ikan salai, tempoyak, pelbagai kuih muih dan  sayuran kampung termasuk ulam-ulaman.

 


Sempat juga anak-anakku bergambar di pekan sehari di bandar Temerloh.

Kami meneruskan perjalanan ke bandar Bera. Setelah hampir 15 - 20 minit, kami pun sampai ke Bangunan Majlis Daerah Bera. Rupanya kami adalah orang yang pertama sampai ke sana, kerana bas DBP dan rakan kami Hamzah Awang yang menaiki kereta sendiri pun belum tiba lagi. Kami disambut baik oleh staf di sana. Setelah semuanya telah sampai, kami diberi minum pagi dan diadakan sedikit majlis Selamat Datang oleh YDP........





Selepas minum, terus diadakan pertandingan Karom dan Dart. Permainan Karom telah dimenangi oleh DBP 5-0 dan Dart pula kalah dengan mata 3-2. Suamiku kalah bermain Dart, ia berkata  semua yang dia baling dart tidak menjadi pula pada hari itu.

 
 
 
 
 
 
 



Yang canggihnya ialah di sebelah tempat pertandingan, ada bilik studio.  Sempat juga suamiku mendendangkan sebuah lagu Nash berjudul Ada Syurga di Wajahmu sementara menunggu makan tengahari.   Semasa makan tengah hari kami dijamu dengan  ikan patin masak tempoyak.

Selepas makan tengah hari, kami dibawa ke tempat pertandingan  permainan Badminton pula.  Di sebelah dewan badminton, ada tempat bermain Patangue.  Mereka mengajar cara permainan ini dan setelah semuanya faham cara permainan, terus diadakan pertandingan Patangue pula.  Memandangkan di luar agak panas, aku mengambil keputusan untuk masuk ke dalam dewan, tempat pertandingan badminton dijalankan.  Sementara menunggu pemain dan pengadil bersiap sedia, anak-anakku telah mengambil raket di belakang bonet keretaku dan dapatlah mereka bermain badminton sesama mereka.



 
 

 



Jam sudah menunjukkan hampir 4.45 petang.  Pukul 5.00 petang pula di adakan bola sepak dan bola jaring di padang berhadapan dengan bangunan Majlis Daerah Bera.  Badanku semakin letih.  Aku mengajak suamiku ke rumah rehat yang diberikan kepada staf DBP untuk kami menukar pakaian dan mandi manda.   Kami sekeluarga terus ke rumah rehat dan terus mandi untuk menyegarkan badan.  Aku tidak ke padang lagi untuk melihat kawan-kawanku bermain bola jaring dan bola sepak. Kami berehat sehingga jam 6.00 petang.  Kemudian suamiku mengajak kami ke Majlis Penutup di tempat yang sama semasa majlis menyambut kedatangan kami.   Kali ini wakil dari DBP membalas ucapan dan juga mengucapkan ribuan terima kasih atas layanan mereka kerana  telah menyediakan makan/minum sepanjang pertandingan dijalankan.  Kami juga diberikan ole-ole oleh pihak Majlis Daerah Bera setiap seorang.  Tepat jam 8.30 malam kami pun berangkat pulang.  Selamat tinggal semua warga Majlis Daerah Bera dan terima kasih di atas layanan anda sepanjang kami berada di sana.....



  <script async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script>
<ins class="adsbygoogle"
     style="display:block; text-align:center;"
     data-ad-layout="in-article"
     data-ad-format="fluid"
     data-ad-client="ca-pub-0431987142080099"
     data-ad-slot="7242059337"></ins>
<script>
     (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
</script>

Sukan Dalaman Puspanita

Aku  telah menerima e-mel di atas pelantikanku sebagai Penyelaras Sukan di Jabatan Penerbitan.  Memandangkan ramai staf bercuti kerana ketika itu cuti sekolah, sukan dalaman anjuran  Puspanita telah ditunda kepada tarikh 4 - 6 Jun 2013.  Sebagai penyelaras, tugas aku adalah  mencari pemain untuk Jabatan Penerbitan.  Aku telahpun menghantar e-mel kepada semua pentadbir di Jabatan Penerbitan untuk menghantar nama kepadaku yang ingin turut serta bagi permainan Congkak, Batu Seremban dan Dam Ular.  Dalam sekejapan aku telah mendapat nama pemain  bagi permainan Dam Ular dan Congkak.  Bagi permainan Batu Seremban aku hanya peroleh 3 orang staf sahaja.  Kebanyakan yang biasa bermain Batu Serembam telah dilantik sebagai juri dan AJK Induk.  
Pada 2 Jun 2013, aku telah mengambil cuti sakit.  Aku betul-betul terlupa tentang pertandingan sukan dalaman itu.   Apabila aku naik kerja, kawanku Zakiah memberitahuku nama pemain Batu Seremban diperlukan untuk pelepasan waktu pejabat.   Kelam kabut aku menghubungi setiap bahagian untuk meminta mereka turut serta, jika tidak Jabatan Penerbitan tidak akan ada wakil untuk permainan Batu Seremban.  Hampir setengah hari juga aku mencarinya.  Akhirnya dapat juga pemain Batu Seremban dengan menukar namaku sendiri kepada permainan Congkak, dan kawanku Zakiah kepada permainan Batu Seremban.   Permainan Dam Ular tidak menjadi masalah kerana sesiapa sahaja boleh menyertainya kerana tidak memerlukan kepakaran.
Setelah permainan dijalankan selama tiga hari, akhirnya Jabatan Penerbitan telah menjadi Juara dalam permainan Dam Ular, Naib Johan untuk permainan Congkak dan tempat ketiga dalam permainan Batu Seremban.  Walau apapun, sekalung tahniah dan terima kasih kepada semua kawan-kawan yang telah menyertainya dan memberi sokongan padu agar Jabatan Penerbitan dapat menyertai semua sukan yang telah dipertandingkan. 


 
Permainan Batu Seremban (buah lima)
 
 
Permainan Congkak
 
 

 
 
Permainan Dam Ular 



<script async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script>
<ins class="adsbygoogle"
     style="display:block; text-align:center;"
     data-ad-layout="in-article"
     data-ad-format="fluid"
     data-ad-client="ca-pub-0431987142080099"
     data-ad-slot="7242059337"></ins>
<script>
     (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
</script>

Jumaat, 7 Jun 2013

Majalah Dalam Kelas

Kasihan anak-anakku, cuti sekolah kali ini tidak pergi ke mana.  Aku hanya membawa anak-anakku ke pejabat.  Kebetulan pula Bahagian Pengembangan Kanak-Kanak sedang melatih beberapa orang kanak-kanak berlakon teater.  Anak-anakku lewat untuk mengikuti kumpulan itu.  Memandangkan mereka semua sudah jauh ke depan dalam membuat persembahan, anak-anakku tidak terpilih.   Irfan menyatakan perasaan  kecewanya kepadaku  kerana tidak dipilih di dalam kumpulan itu.   Aku tidak sangka anakku Irfan berminat untuk menyertainya.  Sambil itu aku memujuknya dan mengatakan  jika ada lagi bolehlah ia menyertainya. 
 
Pada 6/6/2013 hari Khamis, Bahagian Majalah telah mengadakan aktiviti Majalah dalam Kelas di Dewan Bankuet.   Aku menyuruh mereka ke sana, sekurang-kurangnya ada aktiviti mereka itu nanti.  Pada sebelah petang pula, ada Majlis Anugerah Anak-Anak Cemerlang untuk anak-anak Staf DBP.  Aku lihat mereka semua gembira dan disamping itu dapat juga mereka berkenalan dengan kawan-kawan baru. 
 
 
 
 
 

 
 

Anak-anak meluahkan perasaan mereka di atas kertas melalui wajah yang dilukis





 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Semasa balik dari kerja, suamiku memberitahuku ia akan pergi ke Bera untuk perlawanan sukan persahabatan di sana.  Ia juga memberitahuku, staf boleh membawa keluarga masing-masing tetapi menggunakan peruntukan sendiri.   Dalam aku mengira-ngira, akhirnya aku bersetuju untuk mengikutinya tetapi aku menyarankan pergi padai petang Jumaat dan bolehlah pulang pada hari Sabtu.  Ramai kawan-kawanku memberitahuku  jalan akan sesak kerana ramai yang akan pulang dari bercuti.  Semuga perjalananan kami nanti selamat dan anak-anakku akan berpuas hati walaupun hanya satu malam kami berada di sana.  Pada hari Ahad pula, adikku ingin mengadakan kenduri arwah di rumahnya dan sekali lagi kami adik-beradik bolehlah berkumpul dan membawa masakan masing-masing.

Selasa, 4 Jun 2013

Resepi Rumpai Laut

Tidak semua orang lalu untuk menelan kolagen rumpai laut yang berbentuk seperti agar-agar serta berbau agak hanyir.   Begitu juga dengan saya. Oleh itu saya sarankan kepada sesiapa yang tidak lalu makan rumpai laut itu bolehlah gunakan resepi di bawah ini.

Menu ini sangat mudah untuk dicuba. Selain sedap, sudah tentu menu ini mempunyai pelbagai khasiat.

Bahan-Bahannya:

1.  Susu pekat

2.  Air batu

3.  Air putih

4.  Sirap merah/hijau

5.  Buah-buahan cordial (terpulang cita rasa)

6.  Cincau hitam dipotong kecil-kecil

7.  Selasih

8.  Nata de coco/sari kelapa

9.  Rumpai laut (50 gram untuk hidangan 2 - 3 orang) yang telah direndam semalaman (rebuskan sehingga hancur dan sejukkan ke dalam peti ais) - potong dadu jika sudah sejuk.

 
CARA PENYEDIAANNYA:

Cara membuat ais campur secara berperingkat:

Pertama. Siapkan bekas besar (mangkuk besar) untuk membuat kuah ais campur. Kenapa perlu dibuat kuahnya dulu, supaya semasa digaul bahan-bahan seperti buah-buahan tidak hancur. Siapkan susu dan sirap secukupnya. Kemudian dicampur dengan air putih. Gaul sehingga rata. Apabila kurang manis, boleh ditambah sirapnya lagi.

Kedua. Masukkan bahan-bahan air campur ke dalam kuah ais campur yang telah disiapkan. Anda boleh menambah atau mengurangkan bahan-bahan ais campur sesuai mengikut selera anda.  Untuk menambah kesegaran, anda boleh  tambah cincau hitanm atau rumpai laut yang telah dipotong dadu (potong kecil).

Ketiga. Masukkan ais batu ke dalam ais campur. Tuangkan susu ke atas air yang sudah dikisar agar kelihatan cantik. Anda juga boleh menukar ais batu dengan ais cream. Selamat mencuba.

 

Air Batu Campur

Sabtu, 1 Jun 2013

PERTANDINGAN GUBAHAN BUNGA DAN HANTARAN

Dewan Bahasa dan Pustaka telah ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Bukit Chandan, Johor Bahru.  Setiap tahun di bulan  Jun merupakan bulan menyambut hari ulang tahun Dewan Bahasa dan Pustaka.  Pelbagai acara  akan diadakan pada bulan itu.  Bagi menambahkan lagi kemeriahan dalam menyambut Hari Ulang Tahun DBP ini, tidak ketinggalan Puspanita DBP juga turut menyediakan pelbagai acara seperti pertandingan blog, pertandingan memasak, pertandingan membuat  membuat gubahan bunga dan hantaran hantaran,  pertandingan sukan dalaman dll.


Aku juga tidak ketinggalan untuk menyertai pertandingan sukan dalaman, membuat blog dan juga akan menyertai pertandingan membuat gubahan hantaran pada minggu depan.   Sama ada menang atau tidak, itu bukan persoalannya, tetapi sebagai staf dan ahli, adalah untuk memeriahkan suasana semasa pertandingan dijalankan nanti.     Majlis penyampaian hadiah akan diadakan pada 11 Jun 2013 nanti.
Pertandingan blog telah pun aku sertai dan hampir 90% telah selesai dibuat.  Dengan kekangan kerja harian, dapat juga aku menulis semasa di waktu rehat, dan jika aku berkesempatan, aku akan menyambungnya di rumah pula.   Kadang kala, idea untuk membuatnya sudah ada, tetapi bila ada ada masa pula, mood untuk membuatnya sudah hilang pula.   Walau apa pun, aku sudah berusaha yang terbaik untuk membuat blog aku agar sentiasa ceria, berilmu dan sesuai untuk sesuai untuk ahli puspanita khususnya.
Rakan sepejabatku memberitahuku, ia ingin menyertai pertandingan gubahan hantaran.  Aku bagaikan tidak percaya, yang ia berani untuk menyertainya.  Terdetik pula di hatiku, "Jika kawanku yang lebih junior daripadaku boleh menyertainya, kenapa tidak aku?"   Aku juga pernah membuat gubahan hantaran untuk adik-adikku seperti membuat bunga paha (bunga telur di atas pelamin), gubahan lipatan seperti sejadah dijadikan katil, gubahan tuala dijadikan buah-buahan, sireh junjung dll.   Setelah memikirkan semua yang telah aku buat, lantas aku pun mengambil keputusan untuk membuat sirih junjung.   Peralatan yang paling penting sudah semestinya daun sireh, bunga, bakul, jarum peniti, gabus, dawai halus.   Yang paling menggusarkan aku ialah daun sireh, kerana jika ketiadaan daun sireh bermakna punahlah harapan aku untuk menyertainya.  Tapi aku akan berusaha untuk mencubanya.   Aku mula mencari bentuk gubahan sireh junjung di internet.  Aklhirnya aku menjumpainya yang boleh aku buat dan kosnya pun agak murah kerana tidak banyak memakai bunga.  Di sini aku sertakan sireh junjung yang akan aku buat.    Jika berkesempatan, aku akan masukkan gambar sireh junjung yang akan aku buat pula.   Sama ada sama atau tidak dengan model sirie junjung ini, kita lihat siapa yang kena, sama ke tidak......(teringat pula Ibrahim Pendek).   Jumpa lagi.

Bentuk sirih junjung yang bakal  aku buat nanti.
Semasa hari pertandingan, ramai pula yang masuk membuat gubahan,, tetapi hanya 3 orang sahaja yang masuk menggubah bunga. Apabila para hakim melihatnya, salah seorang jawatankuasa pertandingan itu telah mengambil gubahanku dan diletakkannya di gubahan bunga.  Aku terpinga-pinga melihat ia mengambil gubahanku.   Walau bagaimanapun, aku gembira juga kerana aku mendapat nombor dua dalam gubahan bunga.  Mungkin jika aku diletakkan di gubahan hantaran, mungkin aku tidak menang pun...Cuba lihat gubahan yang aku buat jauh panggang dari api..hahhahahah...itulah tengok lebih kurang je..maka jadi pun lebih kurang juga lah.....
Gubajam Sirih Junjngku

Sambungan nya di Hari Pertandingan Gubahan

Jumaat, 31 Mei 2013

CANTIKKAN GAMBAR ANDA

Anda suka mengambil gambar? Adakah anda berpuas hati dengan kualiti gambar yang anda ambil? Jangan risau, kerana terdapat perlbagai software secara percuma di dallam internet yang anda boleh guna untuk menjadikan gambar anda lebih menarik.

Saya juga sering menggunakan software seperti funny.pho.to.com, photo shop, photo scape dan lain-lain lagi. Baru ini saya terjumpa blog rakan kita di fanbox yang memberikan laman web yang boleh kita gunakan untuk photo editing dan hasilnya gambar yang diambil akan bertambah cantik dan menarik. Anda boleh mencubanya dan sudah tentu anda akan berpuasa hati dengan hasil yang akan anda lihat nanti.....selamat mencuba

Gambar ini saya guna photo editing di Imikimi
 




Gambar ini anak saya Muhammad Irfan pilih piZap

 
 
 
Gambar di bawah ini saya guna funphotobox.

 
 

 
 
funny.pho.to


Semasa saya hendak membuat slide pengantin untuk anak buah saya, perlbagai software telah saya gunakan untuk menjadikan gambar yang lama nampak lebih cantik dan gambar yang  baru nampak lebih menarik. Dalam tempoh lebih kurang 20 hari,  akhirnya saya berjaya  membuat slide pengantin untuk anak buah saya. Saya rasa amat puas hati dengan hasil kerja saya. Jika anda ingin mencubanya untuk koleksi keluarga anda, bolehlah mencubanya. Di sini saya sertakan slide pengantin anak buah saya yang telah saya hasilkan. Silalah tonton.

 
 


 

KAWANKU SEORANG AMNESIA



Sejak akhir-akhir ini aku sering teringatkan kawan lamaku.  Tidak aku sangka kawan lamaku itu telah menjadi seorang pengidap penyakit amnesia.  Amnesia ialah seseorang yang telah hilang ingatan ataupun  daya ingatan seseorang telah terganggu yang boleh menyebabkan seseorang tidak ingat langsung perkara yang telah berlaku dan tidak mengenali keluarga mahupun rakan-rakannya. Pada mulanya rakan setugasku di bahagian lain telah memaklumkan kepadaku Pembantu Pejabatnya sering lewat menghantar surat ke bahagian lain dan kadang kala juga sering tersalah hantar surat ke bahagian yang lain.  Pada mulanya aku beranggapan mungkin itu adalah perkara biasa. Mungkin apabila terlalu banyak kerja boleh menyebabkan dia tersilap hantar surat atau dokumen ke bahagian lain.

Suatu hari, aku telah terima surat dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia yang memaklumkan Pembantu Pejabat tersebut akan ditukarkan  ke bahagian tempatku bertugas. Suka juga dihatiku apabila mendapat berita itu, kerana ia kawan lamaku dan kami pernah bersama-sama berlakon teater di suatu ketika dulu di bawah Badan Kebudayaan Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau juga pandai menyanyi dan lagu-lagu yang sering beliau dendangkan adalah lagu Ahmad Jais. Suaranya juga seakan-akan penyanyi tersebut.

Hendak dijadikan cerita, pada suatu hari aku telah menyediakan satu surat kepada penulis. Apabila surat itu telah ditandatangan oleh Pengarah Penerbitan, aku pun menguruskan surat tersebut. Salinan surat aku masukkan ke dalam fail, surat asal aku masukkan ke dalam sampul surat. Sampul itu aku letakkan di dalam bakul surat Pembantu Pejabat untuk direkodkan sebelum menghantar surat tersebut ke Bahagian Pentadbiran Am. untuk urusan pos.


Tiba-tiba terdengar Pembantu Pejabat tersebut berdiri sambil mamanggil namaku dan bertanya kepadaku sama ada surat itu perlu direkodkan dan dihantar ke Bahagian Pentadbiran Am untuk urusan pos. Lalu aku pun menganggukkan kepala dengan memberi tanda isyarat betul bahawa surat itu perlu diposkan. Tidak sampai 30 minit kemudian, beliau bertanya lagi, benarkah surat itu untuk dihantar ke Bahagian Pentadbiran Am bagi urusan pos. Sekali lagi aku mengangguk tanda betul dan berkata "Ya, untuk direkod dan dihantar ke Bahagian Pentadbiran Am". Tidak sampai 20 minit, beliau datang kepadaku dan bertanya lagi soalan yang sama dan aku masih lagi bersabar dan memberikan jawapan yang sama juga. Sehinggalah beliau bertanya  kepadaku buat kali ke berapa pun aku sudah tidak ingat lagi sama ada surat ini hendak dibuka atau tidak, lantas aku terus menjawab tetapi tertinggi sedikit nadaku dan aku mengatakan kepadanya "Surat ini awak rekod ke dalam buku rekod hantar tangan, selepas itu awak hantar ke Bahagian Pentadbiran Am di tingkat 14 untuk mereka hantar ke Pejabat Pos nanti.
 
Selepas itu dia tidak bertanya lagi, mungkin kerana malu atau takut aku marah kepadanya, aku sendiri pun tidak tahu. Waulahuallam. Tetapi yang melucukan hatiku, rupa-rupanya dia telah bertanyakan soalan yang sama pada penyeliaku pula beberapa kali sebagaimana ia telah bertanya kepadaku sebelum ini. Tetapi penyeliaku menjawab dengan lembut dan sabar kerana ia mengetahui akan masalah sikap pelupa kawanku itu.

Ada satu lagi cerita tentang kawanku itu.  Satu petang, beliau  telah diberi tugasan oleh bosku untuk membuat salinan fotostat bersaiz A3 setebal  lebih kurang 50 -60 helai.  Semasa aku hendak pergi ke bilik air, sambil berjalan aku nampak beliau sedang membuat kerja fotostat bahan tersebut.  Apabila aku balik dari bilik air, aku melihat hanya 2-3 helai sahaja yang baru dibuatnya.  Selebihnya dia asyik semak dokumen yang diberi oleh bosku itu sambil membelek-belek dokumen yang diberikan oleh bosku itu.
Jam sudah menunjukkan 10 minit lagi  5.30 petang.  Tidak sampai hati aku dibuatnya untuk membiarkannya begitu. Lalu aku meminta izinnya dengan mengatakan biar aku tolong membuat salinan tersebut dan dia hanya perlu stepler sahaja dokumen yang telah aku fotostatkan itu.  Akhirnya siap juga bahan yang diperlukan oleh bosku itu.  Jika aku tidak menolongnya, agaknya pukul berapa dia hendak menghabiskan kerjanya dan bila pula dia akan pulang ke rumahnya.  Tapi sampai bila dia perlu dibantu setiap kali untuk menjalankan tugasannya?

Semasa Program Penyusunan Semula Organisasi DBP, sekali lagi kawanku telah ditukarkan ke bahagian yang lain dan aku pun tidak bertanya khabar tentang dirinya  lagi kerana jarang bertemu. Suatu hari aku dikejutkan berita tentang kawanku itu  tidak dapat pulang ke rumah kerana tidak tahu jalan pulang ke rumahnya. Memandangkan hari sudah larut malam, anaknya telah menelefon ayahnya. Nasib baik kawanku menjawab dia berada di padang tempat menyambut kemerdekaan. Sudah tentulah  di Dataran Merdeka. Nasib baik anak-anaknya dapat berjumpa dengan ayahnya itu. Selepas kejadian itu kawanku telah dibawa ke hospital untuk rawatan selanjutnya dan telah diberikan cuti sakit. Ramai kawan-kawan telah pergi ke rumahnya, tetapi sayang sekali kerana ia tidak lagi mengenali kawan-kawannya. Sedih hatiku apabila mengetahui apa yang telah berlaku kepada kawanku. Aku berdoa agar ia kembali pulih sekurang-kurangnya dapat menjalani suruhan Allah. Amin.

 
 

Selasa, 28 Mei 2013

INFO IT

Bagaimana Membuat Blog?
Ramai kawan-kawanku  ingin membuat blog, tetapi tidak mahu belajar atau malas untuk mencari maklumat untuk membuat blog.   Sebelum anda hendak membuat blog, anda perlu ada e-mel, tidak kira e-mel yahoo, google atau apa jua yang mudah untuk mereka hubungi anda semula.  Kemudian anda buka laman web www.blogspot.com dan anda perlu daftar nama dan emel anda di laman tersebut.  
 
Pendaftaran Blog
Apabila sudah diterima,  Anda perlu untuk mengisi maklumat tentang diri anda.  Anda jugaperlu memikirkan apakah tema blog anda untuk anda namakan blog anda.  Selamat mencuba
 
 
 

Masukkan gambar dalam blog
Jika anda menulis blog dan anda boleh  memasukkan gambar sebagai tambahan kepada penulisan anda.   Ganbar yang boleh dimasukkan dalam blog adalah dalam bentuk jpeg sahaja.  Cara funtuk masukkan gambar, anda cuma klik di icon empat segi bersebelahan denngan icon tertulis Link. Jika cursor anda pada icon tersebut,  akan terpapar insert image.  Kemudian anda akan diminta untuk memilih gambar.

 
Selamat mencuba.


 
 


Cara Privatekan Blog
Anda seorang penulis blog?  Bagi penulis blog yang baru, sudah tentu banyak perkara yang perlu anda dipelajari.  Begitu juga dengan saya.  Di sini saya sertakan sedikit sebanyak yang saya ketahui untuk dikongsi bersama dengan kawan-kawan.

Ada sesetengah penulis hendak menulis blog, tetapi tidak mahu orang lain mengetahuinya.  Ada juga penulis blog menulis untuk catatan atau diari mereka.   Ada juga penulis blog menulis untuk ditatap oleh pembaca lain.  Terpulang kepada kehendak penulis.  Untuk makluman lanjut sila klik di sini   Cara Privatekan Blog. 


Untuk letakkan icon facebook, twitter dan icon blog di halaman depan blog
Anda boleh menambahkan icon facebook anda, ataupun icon  twitter anda di depan blog.  Tujuan ini adalah untuk raka anda boleh berhubung terus dengan anda melalui facebook ataupun twitter.  Anda juga boleh meletakkan icon blog anda yang anda paling suka ataupun blog rakan lain yang anda suka.  Terpulang kepada kehendak anda.

Anda boleh klik di sini letakkan icon facebook, twitter atau blog


 
 
 

Untuk meletakkan surah secara random di dalam blog anda
Saya suka tajuk ini kerana sambil mengemaskini blog, secara tidak langsung kita akan membaca surah yang dipaparkan di muka depan blog kita,  Jika anda suka widget ini bolehlah gunakan kod di bawah.  Seperti biasa anda klik di dashboard, layout dan pilih yang ada html.

 
<div style="border: 2px dotted green;"><script language="JavaScript" src="http://silence-blogz.googlecode.com/files/widget-surah2.js">
//*Sila pasang kod ini di sidebar blog anda.Mengubahsuai script ini akan menyebabkan
ianya gagal berfungsi.Original Random Surah script by Potia(silenceblogz.com)

*//
< /script>
< /div
 
 
Penerangan kod :

· 2 = saiz border.

· dotted = jenis border - [Pilih jenis-jenis border di sini]

· green = warna border - [boleh ditukarkan kepada - black, grey, red, lime, maroon dll]

Selamat mencuba.



     

 
 
 
 

Isnin, 27 Mei 2013

PRODUK SAYA

Dulu saya sering  menjual pelbagai barangan seperti brooch, tudung dan apa juga yang boleh mengisi masa lapang saya.  Saya rasa seronok dapat menjual sesuatu kepada rakan-rakan.  Tapi sejak akhir-akhir ini prestasi saya sudah menurun, mungkin agaknya saya sudah menggantikannya dengan menulis blog,   membuat slide show,  mencari maklumat di blog rakan serta mempelajari perkara-perkara baru yang tidak  dijangka kita akan memperolehnya.

Walaupun begitu, di sini saya juga ingin memperkenalkan satu produk untuk kaum wanita.  Produk yang saya maksudkan ialah Nasi Arab yang siap rempah ratusnya di dalam kotak.  Nasi Arab ini mempunyai dua jenis.    Jenis yang pertama dinamakan Nasi Mandy Kambing Yaman.   Dalam kotak tersebut mengandungi beras basmathi dan rempah ratus untuk digunakan memasak  daging kambing dan nasi.

Nasi Mandy Kambing  Yaman -  Daging kambing sebanyak 1 kilo direbus dan dicampurkan sebahagian daripada  rempah yang disertakan di dalam kotak. Ini adalah untuk memberi sedikit perisa pada daging kambing itu nanti.  Jika anda suka yang berperisa bolehlah ditambah sedikit garam.  Sebahagian daripada rempah itu digunakan untuk menanak nasi.  Jika anda teringin untuk makan Nasi Arab, bolehlah mencubanya dan yang pasti ianya menjimatkan. Tidak perlu bersusah payah untuk mencari rempah ratusnya kerana semua telah ada  di dalam kotak.

 Kepada anda yang berhajat, bolelah hubungi saya sekiranya berminat.

 
Nasi Arab  Daging Kambing

Saya telah mencuba membuat Nasi Arab ini.   Tetapi saya membuat sebahagian daging kambing itu untuk merebusnya dan sebahagian lagi saya buat gulai beriyani.  Anak saya amat suka air asamnya.  Memandangkan saya tidak ada lemon, saya gantikan dengan limau nipis dan saya masukkan 4-5 biji cili api, sedikit garam dan gula untuk menambahkan perisa.

Nasi Arab Daging Kambing


Gulai Kambing Masak Beriyani
 
Air Asam
 



Semasa menulis tentang produk ini, saya terjumpa satu laman tentang resepi membuat nasi mandy ini.  Jika anda ingin mencubanya sendiri boleh klik di sini - resepi Nasi Mandy (Kambing/Lembu)  atau Resepi Nasi Mandy (Ayam).