Selasa, 4 Jun 2013

Resepi Rumpai Laut

Tidak semua orang lalu untuk menelan kolagen rumpai laut yang berbentuk seperti agar-agar serta berbau agak hanyir.   Begitu juga dengan saya. Oleh itu saya sarankan kepada sesiapa yang tidak lalu makan rumpai laut itu bolehlah gunakan resepi di bawah ini.

Menu ini sangat mudah untuk dicuba. Selain sedap, sudah tentu menu ini mempunyai pelbagai khasiat.

Bahan-Bahannya:

1.  Susu pekat

2.  Air batu

3.  Air putih

4.  Sirap merah/hijau

5.  Buah-buahan cordial (terpulang cita rasa)

6.  Cincau hitam dipotong kecil-kecil

7.  Selasih

8.  Nata de coco/sari kelapa

9.  Rumpai laut (50 gram untuk hidangan 2 - 3 orang) yang telah direndam semalaman (rebuskan sehingga hancur dan sejukkan ke dalam peti ais) - potong dadu jika sudah sejuk.

 
CARA PENYEDIAANNYA:

Cara membuat ais campur secara berperingkat:

Pertama. Siapkan bekas besar (mangkuk besar) untuk membuat kuah ais campur. Kenapa perlu dibuat kuahnya dulu, supaya semasa digaul bahan-bahan seperti buah-buahan tidak hancur. Siapkan susu dan sirap secukupnya. Kemudian dicampur dengan air putih. Gaul sehingga rata. Apabila kurang manis, boleh ditambah sirapnya lagi.

Kedua. Masukkan bahan-bahan air campur ke dalam kuah ais campur yang telah disiapkan. Anda boleh menambah atau mengurangkan bahan-bahan ais campur sesuai mengikut selera anda.  Untuk menambah kesegaran, anda boleh  tambah cincau hitanm atau rumpai laut yang telah dipotong dadu (potong kecil).

Ketiga. Masukkan ais batu ke dalam ais campur. Tuangkan susu ke atas air yang sudah dikisar agar kelihatan cantik. Anda juga boleh menukar ais batu dengan ais cream. Selamat mencuba.

 

Air Batu Campur