REHAT

Boleh berkenalan?

















Dialog 1

 Suasana dibulan Ramadhan di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Kelihatan orang ramai sedang sibuk membeli belah untuk persiapan hari raya. Beberapa orang staf dari TV 10 sedang mencari orang untuk diwawancara dalam rancangan khas Hari Raya Aidil Fitri. Tiba-tiba staf TV 10 terpandang seorang lelaki yang kacak sedang berjalan dan mereka terus meminta izin untuk diwawancara.  Lelaki itu juga bersetuju untuk diwawancara.

Staf TV10: "Assalamualaikum encik. Bagaimana rasanya untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri pada tahun ini?"

Pemuda: "Alhamdulllah, setakat ini semuanya berjalan lancar dan saya rasa tidak sabar untuk menyambut Hari Raye pada kali ini bersama keluarge di kampung.

Staf TV10: "Encik boleh buat ucapan Hari Raya kepada keluarga encik di kampung, Silakan"

Pemuda: "Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raye kepada ibu ayeh di Kodiang, Kedah dan akhir kate "Maaf Zahir Batin".

Staf TV10: "@3*()! " (dalam hati ayeh ke ayah, raye, kate???)

(Orang Utara sebut ibu ayah disebut seperti sebutan baku...tetapi pemuda ini hendak menunjukkan dia sudah lama tinggal di Kuala Lumpur lalu tersebut ayeh - Jangan marah ya cuma suka-suka sahaja)



Dialog 2

Sebuah keluarga empat beranak dari utara semenanjung dalam perjalanan mengunjungi keluarga sepupu  mereka di Kuala Lumpur. Keluarga tersebut mempunyai dua orang anak lelaki . Anak yang pertama berumur 12 tahun dan  dan yang bongsu  pula berumur 10 tahun. Si anak  amat teruja, maklumlah  pertama kali  dibawa berkunjung keluarga sepupu  mereka di Kuala Lumpur.  Mereka memulakan perjalanan pada waktu  malam dan pastinya pagi baru sampai ke sana.  Semasa itu lebuhraya PLUS belum lagi wujud.  Jika ikut jalan lama akan mengambil masa lapan jam. Jemu memanglah jemu, sebab  mereka sekeluarga menumpang lori Hock Cheong  yang membawa surat khabar. Itulah yang termampu  oleh keluarga tersebut kerana tambangnya agak murah.  Ibarat naik  kapalterbang MAS dengan Air Asia.

Dalam perjalanan berlakulah perbualan :

Abang:  "Kat Kuala Lumpur, pelat depa tak sama macam pelat kita. Kalau hang cakap ayaq, mesti depa gelak kat hang"
Pesan abang kepada adiknya supaya mereka tidak menjadi bahan gurauan di sana kelak.

Adik: "Ya. ka bang? Habih depa cakap apa? "

 Abang: AYAQ depa cakap air. LAPAQ depa cakap lapar. Kalau hang cakap BETUI, Ajid, Khudud dan Men mesti gelak kat hang punya. 

Adik:  "MAMPUIH!! "

Ayah:: "Hampa ni bila nak TIDOQ. Dok gebang tak habeh-habeh ni.".
Marah siayah kepada anak-anaknya yang masih lagi berbual-bual.

Adik:  \'Jauh lagi ka Ayah? Pukui berapa kita sampai  Kuala Lumpur?

Ayah:  "Subuh pagi esok kita sampailah".

Adik: "Emak! Masuk saja sempadan Selangok, bagi tau kami. tau".

Emak:  "Emm.".

Sampai  di Slim River, lori berhenti untuk berehat sekejap di kedai makan.

Abang dan Adik: "Kita kat mana ni emak".

Emak:  "Haa, kita dah masuk Selangor. Kat sini dah kena cakap pelat Kuala Lumpur".

Apa lagi, masing-masing dua baradik tunggu peluang nak  cakap Kuala Lumpurlah konon.

Adik:  Saye dahage le mak.

Abang: Saye lapar juge mak.

Emak: Ye le.. Geli lubang telinga emak



Dialog 3

Suasana di pejabat yang sedang sibuk untuk membuat persiapan suatu lmajlis. Majlis tersebut akan dihadiri pelbagai status jemputan.

Ketua Kerani : Saya harap, awak semua dapat memastikan dahulu ejaan nama, gelaran dan pangkat adalah betul dan tepat sebelum  kad undangan dicetak.

Kerani 1 & 2: "Baik puan"

Kerani 1: "Kamu tahu tak, apa maknyanya Dato kome? "
Kerani 1 bertanya kepada kerani 2.

Kerani 2: "Alah, itu pun tak tahu?  Dato kome itu dato engkau le..Aku tahu lah sebab aku ni orang Perak".

Kerani 1:  "Apahal ke situ pulak! Aku nak tahu apa perbezaan gelaran antara D.A.T.O ' dengan D.A.T.U.K".

Kerani 2: "Oh ye ke..."

Ketua Kerani::    "Sudah!-sudah.lah tu....Ha dengar ni...Gelaran Datuk itu ialah seseorang yang memperoleh gelaran kehormat daripada DYMM Baginda Yang diPertuan Agung, yang diPertua Negeri Melaka, Yang diPertua Negeri Sarawak dan Yang diPertua Negeri Sabah. Gelaran Dato' pula ialah seseorang yang memperoleh gelaran kehormat dari kerajaan negeri yang diberikan oleh Sultan/Raja negeri yang berkenaan.  Ingat tu..







Dialog 4

Anak:  Ibu, pada tahun 1957, Amerika telah menjatuhkan dua biji bom atom di Hisoshima dan Nagasaki, kan?

Ibu: Kenapa pula?

Anak: Kenapa Ultramen tak tolong?

Ibu:  Mana ada Ultramen.  Ultramen tak wujudlah...

Anak: Adalah ibu.....mungkin masa itu Ultramen ada di angkasa, dia tidak nampak kapal terbang Amerika semasa jatuhkan bom itu.

Ibu: @3@$45$#@5 (Itulah penangan cerita Ultramen)



Seorang imam sedang mengimamkan sembahyang di dalam sebuah surau. Di belakangnya ada beberapa baris orang yang menjadi makmumnya. Di belakang imam tersebut pula ada seorang budak lelaki. Selepas sahaja imam sujud selepas rokaat pertama, imam tersebut pun berdiri semula untuk meneruskan rokaat kedua. Semasa imam tersebut berdiri, kain pelikat yang dipakainya terselit di celah-celah punggungnya. Budak di belakang imam tersebut amat prihatin dan berkata di dalam hatinya, kesian imam ni, nanti tak selesa pula. Lalu dia pun menarik sedikit kain pelikat imam tersebut agar ia tidak tersepit lagi di punggung imam itu. Apa lagi, imam tersebut terus melatah kerana mungkin menyangkakan ada sesuatu benda yang berada di dalam kain pelikatnya...
Kalau anda menjadi makmun tersebut semasa itu, macam mana anda nak buat???



Tiada ulasan:

Catat Ulasan