Dua minggu yang lepas, aku telah
membaca artikel tentang kolagen rumpai laut. Pelbagai khasiat yang dipaparkan
dalam artikel tersebut. Kebetulan pula adik iparku yang berada di Kuantan,
turut mempromosikan pelbagai produk di facebooknya, antaranya ialah kolagen
rumpai laut. Aku terus bertanya kepada adikku dan ingin memiliki satu untuk
mencubanya. Tetapi adik iparku dengan baik hati telah menghantar kepadaku
secara pos laju dengan percuma sahaja untuk aku memcubanya.
Kebetulan semasa itu, di ketiakku ada
benjolan kecil dan aku berasa sakit jika aku menyentuhnya. Aku memaklumkan
kepada kakakku dan adik iparku. Mereka menyuruh aku membuat pemeriksaan kerana
benjolan kecil di ketiak merupakan tanda-tanda awal penyakit kanser payu dara.
Adik iparku juga memaklumkan, kolagen rumpai laut ini tidak boleh dimakan
sekiranya seseorang mempunyai penyakit kanser. Hatiku amat bimbang, lantas aku
mencari maklumat benjolan kecil di ketiak dalam internet. Pelbagai maklumat
yang aku peroleh dan ada yang mengatakan berkemungkinan bengkak kelenjar dan
ada juga yang mengatakan kanser.
Dalam dua tiga hari itu hatiku tidak
tenang dan sentiasa berasa dalam keadaan bimbang jika ia betul-betul berlaku ke
atas diriku. Setiap kali aku mandi, aku akan membersihkan ketiakku dengan
lembut sambil membaca salawat nabi sebanyak-banyaknya serta berdoa kepada Allah
s.w.t. agar aku dijauhkan dari penyakit yang amat ditakuti oleh setiap wanita.
Aku bertanya kepada kawan-kawanku di pejabat. Mereka menyarankan kepadaku agar
pergi ke Klinik Medic di Bangunan KWSP kerana doktor di situ pakar dalam
penyakit yang sedemikian. Aku telah telefon ke klinik tersebut untuk membuat
temujanji. Jururawat di situ memaklumkan doktor Chong (doktor pakar yang
dimaksudkan) bertugas di klinik tersebut pada hari Isnin, Rabu dan Khamis.
Sementara menunggu hari Rabu,
Alhamdulillah benjolan di ketiakku semakin mengecil dan mengecil. Sehinggalah
pada hari Rabu benjolan kecil di ketiakku akhirnya telah tiada. Walaupun begitu
aku teruskan juga niatku untuk pergi ke klinik tersebut bagi mengenalpasti
apakah penyakit tersebut. Malangnya Doktor Chong mengatakan aku tidak mempunyai
sebarang tanda-tanda penyakit kanser ataupun bengkak kelenjar. Aku bersyukur
kepada Allah kerana terlepas dari penyakit yang boleh membawa maut. Walau
bagaimanapun, aku tetap akan pergi juga ke klinik tersebut sekiranya benjolan
kecil terjadi lagi pada diriku di kemudian hari. Kali ini aku akan memastikan
aku pergi ke klinik tersebut semasa benjolan itu masih bengkak. Insyaallah....
gelenjar kot.. yea?
BalasPadamMungkin kot kelenjar bengkak.
BalasPadammungkin bengkak kelenjar je tu :)
BalasPadam