Sabtu
(4/5/2013)
Memandangkan baju tidur
anakku banyak yang sudah senteng, aku berhasrat untuk membawa anakku
ke SOGO di Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk membeli baju tidur
mereka. Pagi itu aku mengemas rumah, membasuh dan menyidai baju
lebih awal, kemudian mengajak anak-anakku minum di luar. Sepanjang
perjalanan ke SOGO, perjalananan kami berjalan dengan lancar kerana jalan
begitu lengang, kemungkinan ramai yang balik kampung untuk mengundi pada hari
5/5/2013 (Ahad). Sampai sahaja di sana, aku dapati level GF telahpun
penuh walaupun jam menunjukkan pukul 10.30 pagi. Aku terus mencari
parking di Level B1 yang kebanyakannya masih kosong. Sampai di sana
aku terus menaiki lift dan menuju ke Tingkat 6, kerana di situ ada Cafeteria.
Selepas kami
bersarapan, aku terus menuju ke tingkat 5, tempat baju kanak-kanak.
Setelah aku membelek dan mengacukannya kepada anak-anakku, akhirnya aku
mengambil dua pasang baju tidur. Dua helai baju tidur anak-anakku
berjumlah RM 47.00. Selepas itu aku berjalan di sekitar situ untuk
mencari apa yang berkenan. Malangnya sehingga akhir aku tidak
membeli satu apa pun untuk diriku, dan aku terus mengajak anak-anakku pulang.
Sampai sahaja
dirumah, apabila aku membuka pintu rumahku, aku terlihat
di tepi pintu tandasku basah. Sambil berjalan aku merungut dan
membebel mungkin semasa anak-anakku mandi, mereka tidak menutup pintu dengan
betul. Tapi aku rasa tak kena apabila melihatkan dalam bilik airku
bersepah-sepah dan aku terlihat di atas saluran air tingkat atas
berlubang dan kelihatan sampah seperti rambut tersangkut di atas saluran air di
atas bumbung bilik air. Aku terus menelepon suamiku dan memintanya
segera pulang. Hatiku tidak sabar menunggu suamiku pulang, lantas
aku terus pergi ke rumah tingkat atas yang betul--betul kedudukannya berada di
atas rumahku. Penghuni rumah tersebut berugama Hindu.
Aku: "Hello!, Hello!"
Perempuan India: "Ya, ada apa?"
Aku: "Awak
ada cuci bilik air ka?
Perempuan India: "Tak
ada. Kenapa?"
Aku: "Apa pasal itu
saluran air atas bumbung bilik air saya punya tutup sudah jatuh. Awak
punya sampah sudah jatuh dalam bilik air saya tau" Awak ada
jolok-jolok tempat air jatuh bawah ka?"
Aku meninggikan sedikit
suara kerana aku rasa amat penat sekali apabila sampai di rumah, bilik air aku
telah jadi sedemikian rupa.
Perempuan India: "Tak adalah,
saya mandi pakai bilik air yang dalam bilik punya" Ini bilik air
saya tidak guna"
Aku: "Habis itu
sampah sapa punya? Atas mana lagi ada rumah? Sekarang awak
turun, awak tengok sendiri apa sudah jadi pada bilik air saya"
Aku terpaksa
menggunakan lenggok India agar dia faham apa yang aku cakap. Aku berjalan
menuju ke tangga dan aku lihat perempuan itu ikut sekali.
Sampai sahaja di bilik airku, aku terus menunjukkan bilik airku yang
bersepah sambil bersuara lagi
Aku: "Awak tengok,
ini sampah sapa punya? Saya punya ka? Saya tidak mahu pegang awak
punya sampah, Awak ambil itu sampah, sebab saya tengok pun rasa mahu
muntah".
Perempuan India: " Ayoyo. ini
macam ka?"
Mata perempuan India
itu memerhatikan sekeling bilik airku yang berkecah . Aku terus mengambil
plastik hitam dan memberikannya kepada perempuan India itu dan berharap
agar dia mengambil sampah di atas saluran air itu. Kemudian aku
memberikannya kerusi kerana sampah itu agak tinggi untuk dicapai. Setelah
ia mengambil sampah di atas saluran air itu, perempuan India itu pun terus
balik ke rumahnya.
Tiba-tiba aku
teringat yang aku belum lagi membertahu perempuan India itu supaya jangan
menggunakan bilik air sehingga bilik airku siap dibaiki. Lantas aku
menyuruh anak-anakku pergi ke rumah India tersebut supaya membertahunya agar
jangan menggunakan bilik air itu.
Apabila suamiku
pulang, lantas aku menyuruhnya pergi ke rumah India tersebut kerana suami India
tersebut ada di rumah. Tidak berapa lama kemudian, seorang
lelaki India bersama suamiku masuk ke dalam rumahku. Matanya
melihat bilik airku yang bersepah dengan saluran paip air yang masih lagi berlubang.
Semasa ia dan suamiku melihat keadaan bilikku, tiba-tiba air jatuh dari
atas. Aku menjadi bertambah geram, lantas terus aku bersuara.
Aku: "Tengok! tadi
saya sudah cakap jangan guna itu bilik air sehingga bilik air saya sudah
repair. Tapi masih mahu guna juga".
Suamiku menyuruhnya
memasang kembali penutup yang telah jatuh, kerana penutupnya masih elok,
mungkin disebabkan sampah yang berat menyebabkan penutup itu jatuh ke
bawah. Sekali lagi kerusi di meja makanku menjadi mangsa.
Selepas lelaki India itu memasang penutup saluran itu, dia memberiku nombor
telefon jika ada sebarang masalah lagi. Aku terus mencatatnya
kerana walaupun penutup itu telah dipasang kembali,
tetapi tidak tentu lagi dan mungkin ada kerosakan lain pula yang akan
datang.
Aku memaklumkan kepada
suamiku, terdapat air yang masih jatuh ke bawah. Suamiku
membetulkan kembali penutup itu kerana lelaki India itu tidak memasangnya
dengan betul. Aku juga meminta suamiku meletakkan wax agar tidak ada
setitik air yang jatuh lagi ke dalam bilik airku, kerana aku tidak mahu ada
sebarang najis mahupun kekotoran yang jatuh ke dalam bilik airku.
Selepas itu, aku
terus membersihkan bilik airku dengan meletakkan pencuci dan pewangi
untuk memastikan bilik airku betul-betul bersih daripada sebarang kekotoran
dari atas. Aduhhh!, ketika itu aku berasa amat penat sekali
kerana tadi aku cuma makan mee sup sahaja (Itupun aku tidak lalu untuk menghabiskannya kerana rasanya tidaklah sedap sangat).
baguslah hidup berjiran...pakat berpakat... india tu pun dah insaf kot..hahahhaha
BalasPadamBetul Bad, tetapi kita yang kena tengok balik ok ke tidak...
Padamtapi nanti kalau jiran india tu ada kenduri , nora tolonglah masakkan kari ke sambal ke...hahahaha
BalasPadamKalau setakat kari kambing...tidak ada masalah lah..sonang yo..
Padamnasib india 2 tau salah.. yg jenis x ngaku salah ni yg buat jd gaduh besar kan..
BalasPadamAlhamdulillah....Allah permudahkannya...amin..
Padam