Dulu
saya sering menjual pelbagai barangan seperti brooch, tudung dan apa
juga yang boleh mengisi masa lapang saya. Saya rasa seronok dapat menjual
sesuatu kepada rakan-rakan. Tapi sejak akhir-akhir ini prestasi saya
sudah menurun, mungkin agaknya saya sudah menggantikannya dengan menulis
blog, membuat slide show, mencari maklumat di blog rakan serta mempelajari perkara-perkara
baru yang tidak dijangka kita akan memperolehnya.
Walaupun begitu, di sini saya juga ingin memperkenalkan satu produk untuk kaum wanita. Produk yang saya maksudkan ialah Nasi Arab yang siap rempah ratusnya di dalam kotak. Nasi Arab ini mempunyai dua jenis. Jenis yang pertama dinamakan Nasi Mandy Kambing Yaman. Dalam kotak tersebut mengandungi beras basmathi dan rempah ratus untuk digunakan memasak daging kambing dan nasi.

Nasi
Mandy Kambing Yaman - Daging kambing sebanyak 1 kilo direbus dan
dicampurkan sebahagian daripada rempah yang disertakan di dalam
kotak. Ini adalah untuk memberi sedikit perisa pada daging kambing itu nanti. Jika anda suka yang berperisa bolehlah ditambah sedikit garam. Sebahagian daripada rempah itu digunakan untuk menanak nasi. Jika
anda teringin untuk makan Nasi Arab, bolehlah mencubanya dan yang pasti ianya
menjimatkan. Tidak perlu bersusah payah untuk mencari rempah ratusnya kerana
semua telah ada di dalam kotak.
Kepada
anda yang berhajat, bolelah hubungi saya sekiranya berminat.
Nasi Arab Daging Kambing |
Saya telah mencuba membuat Nasi Arab ini. Tetapi saya membuat sebahagian daging kambing itu untuk merebusnya dan sebahagian lagi saya buat gulai beriyani. Anak saya amat suka air asamnya. Memandangkan saya tidak ada lemon, saya gantikan dengan limau nipis dan saya masukkan 4-5 biji cili api, sedikit garam dan gula untuk menambahkan perisa.
Nasi Arab Daging Kambing
Gulai Kambing Masak Beriyani
Air Asam
Semasa
menulis tentang produk ini, saya terjumpa satu laman tentang resepi membuat
nasi mandy ini. Jika anda ingin mencubanya sendiri boleh klik di
sini - resepi Nasi
Mandy (Kambing/Lembu) atau Resepi Nasi Mandy (Ayam).