25/4/2013 (Khamis)
25/4/2013 (Khamis)
Hari ini ada ceramah agama yang disampaikan oleh seorang ustaz bernama Suhaimi Abdul Wakid bertajuk Rumahku Syurgaku atau Baiti Jannati dalam Bahasa Arab di Dewan Seminar., Dewan Bahasa dan Pustaka. Terpanggil juga untuk pergi mendengar ceramah apabila melihat tajuk ceramah tersebut di papan tanda. Mungkin banyak manfaat yang boleh diambil untuk diriku dan juga keluargaku. Alhamdulillah akhirnya dengan izin Allah, dapat juga aku menghadirkan diri dalam majlis ceramah agama tersebut.
25/4/2013
Yaa..Hoo!..... Hari ini
merupakan hari pembayaran gaji untuk staf Dewan Bahasa dan Pustaka. Bolehlah
aku merancang apa aktiviti yang hendak aku lakukan bersama keluarga di hujung
minggu ini. Tetapi pada hari Sabtu ini, anakku Idzham ada kelas tambahan kerana
tahun ini anakku akan mengambil peperiksaan UPSR. Aku cuma boleh pergi beriadah
selepas anakku balik dari sekolah.
Hari ini ada ceramah agama yang disampaikan oleh seorang ustaz bernama Suhaimi Abdul Wakid bertajuk Rumahku Syurgaku atau Baiti Jannati dalam Bahasa Arab di Dewan Seminar., Dewan Bahasa dan Pustaka. Terpanggil juga untuk pergi mendengar ceramah apabila melihat tajuk ceramah tersebut di papan tanda. Mungkin banyak manfaat yang boleh diambil untuk diriku dan juga keluargaku. Alhamdulillah akhirnya dengan izin Allah, dapat juga aku menghadirkan diri dalam majlis ceramah agama tersebut.
Dengan
cara penyampaiannya yang bersahaja, tidak kering gusi kami semua ketawa apabila
mendengar kisah pahit mahit tapi lucu bila beliau bercerita tentang
pengalamannya semasa beliau didatangi orang ramai semasa dalam menjalankan
perkhidmatannya sebagai Pegawai Agama di pejabatnya.
Beliau
juga menceritakan antara lelaki dan perempuan sama sahaja nakalnya, cuma
mungkin lelaki lebih sedikit nakal daripada perempuan. Ada juga
kisah isteri dipukul dan dipijak oleh suami sedangkan isterinya baru tiga
hari melahirkan anak disebabkan suami tidak dapat duit yang diminta
kerana ketagihan berjudi.
Cerita
yang paling pelik tapi lucu, apabila beliau menceritakan ada juga suami yang
dipukul isteri dengan batang kayu mop. Selalu yang kita dengar suami memukul
isteri, tetapi yang ini sebaliknya. Ada juga suami yang kena
terajang oleh isteri sampai patah tulang selangka. Walau apa juga cerita yang disampaikan dalam bentuk
lucu tapi bermakna, eloklah kita bermunasabah kepada diri sendiri agar
tidak berlaku kepada kita pula. Subhanaullah....Simpang malaikat 44, kata
orang.
Cerita ustaz yang paling dahsyat, apabila ustaz itu memberitahu ada isteri yang menggunakan sihir
terhadap suaminya (rasanya tidak perlu diceritakan di sini kerana takut pula
menjadi ikutan kepada orang lain). Kadangkala aku rasa terharu,
sedih apabila mendengar penjelasan ustaz tentang hak isteri dan bagaimana
untuk menjadi isteri yang solehah. Aku berdoa agar aku juga dapat
menjadi isteri yang solehah untuk suamiku dan ibu yang baik untuk
anak-anakku. Amin...
Anak-Anakku