3 Mei
2013 (Jumaat)
Minggu
lepas Bhg. Dasar dan Perancangan Strategik telah menguruskan satu lawatan
yang disertai oleh pentadbir bahagian ke Kementerian Pertahanan Malaysia, di
Mindeff. Aku sememangnya tidak tahu langsung tentang apakah yang
dimaksudkan Amalan 5S. Walaupun pernah diadakan ceramah tentang Amalan 5S
di Dewan Bahasa dan Pustaka, tetapi aku tidak berkesempatan
untuk mendengar ceramah tersebut kerana ada urusan lain. Seramai 25 orang
staf DBP yang telah ikut serta dalam lawatan tersebut. Kami menaiki
bas Dewan Bahasa dan Pustaka, dan lebih kurang jam 10.45 pagi kami
pun bertolak ke sana.
Aku
pernah bersekolah di Sekolah Menengah Padang Tembak dari tahun 1974 -
1978. Kedudukan sekolah aku betul-betul di belakang
Kementerian Pertahanan Malaysia. Boleh dikatakan setiap pagi
aku dan kawan-kawanku Rosminah dan Julia (kawan karibku)
akan menyelelusuri jalan di dalam Kementerian Pertahanan untuk ke
sekolah. Kadang kala semasa pergi ke sekolah, kami terserempak
dengan sekumpulan askar sedang berlari mengikut tempoh sambil menyanyi lagu Inilah
Barisan Kita. Semasa itu tiada bangunan tinggi seperti
yang aku lihat sekarang.
Untuk
masuk ke Kementerian Pertahanan amatlah sukar kerana ia merupakan tempat
penyimpanan data keselamatan negara. Sekiranya tidak ada sebarang
urusan , kita tidak boleh masuk sesuka hati. Memandangkan
kami adalah tetamu mereka dapatlah kami masuk ke situ
dengan mudah. Sampai sahaja di sana aku amat terpegun
kerana terlalu banyak perubahan yang telah berlaku. Bangunannya yang canggih
telah didirikan di situ yang sebelum ini, kawasan itu adalah
quarters askar yang belum berkahwin. Aku berdiri dan memerhati
kawasan di sekitar situ dan jalan yang pernah aku lalui 35 tahun dahulu,
seolah-olah tempat itu adalah tempat baru yang belum pernah aku lalui
sebelum ini.
Sampai
sahaja di sana, kami disambut dengan baik dan mesra oleh pihak Pentadbiran
Kementerian Pertahanan Malaysia. Kami diberi penerangan ringkas tentang
amalan 5S yang telah mereka usahakan sehingga mereka telah berjaya mendapat
beberapa kali anugerah dari pihak Mampu Kami juga telah diberi
kebenaran untuk melawat ruang pejabat dan sudut amalan 5S
mereka. Setiap stesen kerjanya yang kami lihat amat bersih
dan lapang. Di atas meja hanya ada fail yang dan juga sebatang
pen yang sedang digunakan. Yang paling penting sekali, di atas mahupun di
bawah meja kosong kerana tidak ada sebarang barang rasmi
ataupun peribadi. Setelah aku melihat kesan amalan 5S ini barulah aku
faham mengapa setiap staf perlu memahami keperluan 5S
ini. Tetapi untuk menjayakan amalan 5S ini yang
paling utama ialah komitmen dari semua staf dan juga
pelbagai pihak diperlukan. Bagi kawan-kawan yang ingin mengetahui
tentang amalan 5S bolehlah klik di sini Amalan 5S dan panduan 5S boleh klik di
sini Panduan Amalan 5S
Kawan-kawan yang turut serta dalam lawatan ke Kementerian Pertahanan di Mindeff baru-baru ini....
Objektif 5S dipaparkan di sudut Amalan 5S supaya dapat diterapkan kepada semua staf setiap masa.
Cap getah yang boleh digunakan oleh semua staf diletakkan pada satu tempat khas
Meja sisi dilabelkan mengikut keperluan. Tingkat satu untuk penyimpanan alat tulis, tingkat dua untuk penyimpanan dokumen dan tingkat tiga untuk penyimpanan barang peribadi.
Carta kehadiran staf yang menunjukkan bilangan stafa yang bertugas pada hari itu.
Pelbagai carta kehadiran staf jika ada sesiapa yang berminat untuk membuatnya.
Label loceng di kaunter
Tatacara penggunaan mesin faks juga diletakkan untuk memudahkan staf yang tidak pernah menggunakan mesin faks
Label kedudukan lampu juga diletakkan di suis lampu. Label ini bagus dibuat lebih-lebih lagi aras yang berkongsi dengan bahagian lain.
Setiap meja staf mempunyai tanda nama dan mempunyai waktu peringkat masing-masing. Staf berkenaan boleh menandakan apakah aktiviti yang sedang mereka lakukan.
|
Gambar yang terakhir di
atas merupakan salah satu kreativiti yang amat saya sukai dan mungkin satu hari
nanti saya akan buat sedemikian di tempat saya kelak.
(Gambar akan saya masukkan dari semasa ke semasa kerana ada masalah teknikal)
Usaha saya ke
arah Amalan 5S
Balik sahaja dari lawlatan itu, aku mula memikirkan apakah perkara yang paling mudah yang boleh aku lakukan untuk menjayakan Amalan 5S ini di bahagianku. Setelah hampir duaminggu,aku telah mengumpulkan semua cap getah. Kemudian aku senaraikan semua cap getah itu dan aku satukan mana yang boleh digunapakai oleh semua staf. Aku membuat pernomboran setiap cap getah itu dan aku bukukan bagi urusan pencarian cap getah. Cara ini juga untuk mengelakkan penempahan cap getah yang berulang dan dapat menjimatkan kos. Insyaalah jika berkesempatan, aku ingin pula membuat carta kehadiran di papan tanda di Pentadbiran Jabatan Penerbitan kelak.
<script async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script> <ins class="adsbygoogle" style="display:block; text-align:center;" data-ad-layout="in-article" data-ad-format="fluid" data-ad-client="ca-pub-0431987142080099" data-ad-slot="7242059337"></ins> <script> (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); </script>