PETUA


*Untuk Menyuburkan Rambut

Ambil pati santan dalam satu mangkuk kecil.  Usapkan  rambut anda dengan pati santan sehingga rata.  Biarkan dalam 30 - 60 minit.  Kemudian boleh basuh dengan shampoo seperti biasa.  Amal sebulan sekali.  Rambut anda akan kelihatan lebih kehitaman dan tidak kering.


* Untuk Mencantikkan Kulit Perut

Ambil air limau nipis dan dicampurkan dengan kapur sirih.  Campurkan kedua-dua bahan tersebut hingga sebati.  Apabila bahan tersebut telah sebati bolehlah disapukan pada perut.  Jika anda mempunyai bengkung, balut perut anda setelah dilumurkan bahan tadi.  Amalkan setiap malam untuk mendapat hasil yang cepat.


* Untuk Menghilangkan Ketuat

Ambil kulit buah durian yang telah kering.  Bakar sehingga menjadi arang.   Kikis kulit durian yang telah menjadi arang dan masukkan ke dalam bekas.  Ambil beberapa sirih dan kunyah sehingga hancur.  Campurkan air sirih yang dikunyah tadi bersama serbuk arang kulit durian. Gaulkan sehingga sebati.  Sapukan pada kutil atau ketuat sebelum tidur.  Lakukan setiap malam untuk mendapat hasil yang menakjubkan.
 
 

 
* Untuk Menghilangkan tumit yang pecah
Ambil timun yang segar.  Potong hujung (kepala) timun.  Sapukan hujung timun itu di tumit yang pecah.   Amal setiap hari dan tumit anda akan menjadi licin kembali.  Insyaallah...





* Untuk memulihkan dari cirit-birit

Ambil beberapa genggeam beras.  Basuh beras itu dan sangaikan di atas kuali sehingga bertukar menjadi warna perang muda.   Ambil beras yang telah disangai tadi dan dicampurkan dengan segelas air.  Minum air campuran beras sangai tadi, Insyaallah cirit akan bertambah pulih.




* Untuk memutihkan Gigi 

Anda boleh memutihkan gigi dengan pelbagai jenis buah-buahan yang sering digunakan. Disamping memutihkan gigi boleh juga membersihkan daripada karang gigi.

1. Arang Kayu


Sebenarnya arang kayu juga sangat berkesan untuk membersihkan kesan kuning pada gigi, namun bahan ini berbahaya kerana boleh merosakkan enamel secara kekal dan menimbulkan rasa sakit pada gigi. Oleh kerana itu, anda sebaiknya tidak mencubanya.

2. Lemon dan Garam



Anda boleh memutihkan gigi dengan menggunakan paste yang diperbuat dari beberapa titis jus lemon yang telah dicampur dengan secubit garam. Gunakan paste tersebut ke gigi dan gosok secara lembut seperti ketika kamu sedang memberus gigi. Ini akan membantu menghilangkan kesan karat pada permukaan gigi.

3. Kulit Limau


 
Gosok gigi dengan menggunakan bahagian dalam kulit limau. Kulit limau mengandungi unsur pemutih yang sangat lembut, yang akan membantu menghilangkan kesan karat pada gigi tanpa membahayakan lapisan enamel gigi.

4. Daun Salam

 
Ambil enam helai daun salam, kemudian jemur di bawah terik matahari hingga kering dan rangup. Kisar helai daun salam tersebut, selepas itu tambah serbuk kulit limau. Gosok campuran ini ke gigi setiap hari, maka nescaya dalam dua minggu kamu akan mendapatkan gigi yang putih semulajadi.


5. Strawberi


Strawberi bukan sekadar buah yang enak untuk dinikmati. Selain kaya dengan vitamin C, strawberi juga dikenali mempunyai khasiat untuk membersihkan gigi. Walaupun rasanya manis, strawberi tidak berbahaya bagi kesihatan gigi. Sebaliknya, buah ini boleh membantu menghilangkan kesan karat pada gigi dan membuatnya menjadi putih berseri.


6. Sari Epal dan Cuka Putih




Sari buah epal dan cuka putih juga sangat berkesan menghilangkan kesan karat pada gigi, kerana kedua-duanya mengandungi unsur pemutih yang membantu menghilangkan tanda dengan cepat. Akan tetapi kedua-dua bahan ini sifatnya sangat keras, sehingga penggunaan secara harian akan menimbulkan kerosakan pada lapisan enamel.

Sari buah apel dan cuka putih juga sangat efektif menghilangkan noda karat pada gigi, karena keduanya mengandung unsur pemutih yang membantu menghilangkan noda dengan cepat. Akan tetapi kedua bahan ini sifatnya sangat keras, sehingga penggunaan secara harian akan menimbulkan kerosakan pada lapisan enamel.

Sumber: dari sini.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan