Jumaat, 7 Jun 2013

Majalah Dalam Kelas

Kasihan anak-anakku, cuti sekolah kali ini tidak pergi ke mana.  Aku hanya membawa anak-anakku ke pejabat.  Kebetulan pula Bahagian Pengembangan Kanak-Kanak sedang melatih beberapa orang kanak-kanak berlakon teater.  Anak-anakku lewat untuk mengikuti kumpulan itu.  Memandangkan mereka semua sudah jauh ke depan dalam membuat persembahan, anak-anakku tidak terpilih.   Irfan menyatakan perasaan  kecewanya kepadaku  kerana tidak dipilih di dalam kumpulan itu.   Aku tidak sangka anakku Irfan berminat untuk menyertainya.  Sambil itu aku memujuknya dan mengatakan  jika ada lagi bolehlah ia menyertainya. 
 
Pada 6/6/2013 hari Khamis, Bahagian Majalah telah mengadakan aktiviti Majalah dalam Kelas di Dewan Bankuet.   Aku menyuruh mereka ke sana, sekurang-kurangnya ada aktiviti mereka itu nanti.  Pada sebelah petang pula, ada Majlis Anugerah Anak-Anak Cemerlang untuk anak-anak Staf DBP.  Aku lihat mereka semua gembira dan disamping itu dapat juga mereka berkenalan dengan kawan-kawan baru. 
 
 
 
 
 

 
 

Anak-anak meluahkan perasaan mereka di atas kertas melalui wajah yang dilukis





 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Semasa balik dari kerja, suamiku memberitahuku ia akan pergi ke Bera untuk perlawanan sukan persahabatan di sana.  Ia juga memberitahuku, staf boleh membawa keluarga masing-masing tetapi menggunakan peruntukan sendiri.   Dalam aku mengira-ngira, akhirnya aku bersetuju untuk mengikutinya tetapi aku menyarankan pergi padai petang Jumaat dan bolehlah pulang pada hari Sabtu.  Ramai kawan-kawanku memberitahuku  jalan akan sesak kerana ramai yang akan pulang dari bercuti.  Semuga perjalananan kami nanti selamat dan anak-anakku akan berpuas hati walaupun hanya satu malam kami berada di sana.  Pada hari Ahad pula, adikku ingin mengadakan kenduri arwah di rumahnya dan sekali lagi kami adik-beradik bolehlah berkumpul dan membawa masakan masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan