Suamiku
dan empat orang rakannya telah diberi sebidang tanah atas nama salah seorang rakan
mereka yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Sembilan seluas 15 ekar. Kedudukan tanah itu di Lenggeng, Negeri
Sembilan. Tanah tersebut diberikan hanya untuk
projek pertanian ataupun penternakan. Setiap tahun
hanya bayaran cukai tanah yang tidaklah tinggi sangat dan akan dikenakan ke atas
mereka. Pada mulanya aku tidak berapa percaya mereka sanggup menguruskannya,
kerana kawasan tersebut dipenuhi dengan
semak samun dan lalang belaka. Lagipun mereka semua adalah staf kerajaan
yang bekerja di dalam pejabat sepenuh masa. Setiap hujung minggu mereka akan
pergi ke ladang tersebut untuk menerangkan kawasan semak samun dan lalang tersebut,
sehinggakan aku naik bosan kerana setiap hujung minggu sahaja
suamiku dan kawan-kawannya pasti akan ke sana. Pernah juga suamiku
menunjukkan kepadaku tangannya yang kasar dan luka-luka di tubuhnya kerana membuat kerja-kerja pembersihan di ladang
tersebut. Kulit di tangan dan mukanya pun semakin gelap. Dulu kulit suamiku berwarna putih kuning, tetapi kini aku pula lebih cerah daripadanya. Ibuku
juga pernah berkata tangan suamiku terlalu kasar dan uratnya pun timbul-timbul,
mengalahkan tangan buruh dari Indonesia yang membuat bangunan. Geli
pula hati aku apabila mendengarnya. Suamiku hanya tersenyum apabila aku memberitahunya.
Setiap
daripada mereka mempunyai kepakaran masing-masing dan setiap orang memainkan
peranan masing seperti mereka membina sendiri rumah lembu, membuat pagar, membuat stor,
membuat saluran air, memasang pam air, dll agar kos tidak banyak dikeluarkan.
Setelah satu tahun lebih mereka menguruskannya, alhamdulillah akhirnya mereka
berjaya menjadi penternak dan petani moden walaupun hasilnya belum lagi diagihkan kerana duit yang diperoleh masih dibuat pusingan modal untuk membeli peralatan lain Disamping menternak
lembu, kambing, ikan talapia, mereka juga cuba untuk
menambahkan pendapatan dengan menanam cili, api, buah betik, kacang
bendi pula. Pernah juga aku pergi ke sana beberapa kali mengikuti suamiku ke
sana, tetapi ketika itu, tempat untuk berehat/bersantai tidak sempurna lagi,
menyebabkan aku tidak berminat untuk mengikutinya. Tambahan
pula kawasan di situ agak panas dan kering. Setiap kali aku ke sana,
mukaku pasti akan bertukar kepada warna agak gelap sedikit seolah-olah aku telah
pergi mandi laut.
Semalam,
pada tarikh 19 Septembear 2013, aku dan keluargaku telah pergi ke ladang
tersebut. Selepas menghadiri majlis perkahwinan anak kawanku
Rosilawati Yusuf di Keramat Mall, kami terus menuju ke ladang itu.
Sebelum itu, aku telahpun membawa T-shirt, seluar panjang, tuala serta baju anak-anakku
dan yang paling penting sekali ialah air mineral dua botol besar kerana di
sana tiada air paip. Sampai di sana, kelihatan sepasang suami isteri sedang memesin rumput untuk dijadikan makanan lembu. Pasangan suami isteri itu merupakan pekerja di ladang itu. Setelah aku menukar baju dan menyimpanan baranganku, aku terus pergi ke kandang kambing yang bersebelahan dengan bilik rehat dan tempat penyimpanan barang-barang.
Kambingnya pula agak jinak, dan apabila
tangan dihulurkan kambing-kambing itu akan datang kepada kami seolah-olah menyambut kedatangan kami,
Kemudian aku berjalan lagi menuju ke kandang lembu. Kelihatan lembu-lembu itu telah membesar dan ada juga yang gemuk. Sebelum ini keadaan lembu di situ kurus-kurus belaka dan aku mengatakan kepada suamiku, lembu-lembu itu terlalu kurus seperti lembu di Negara Afrika sahaja. Mungkin lembu di ladang itu terlalu banyak dan makanan pula mungkin tidak mencukupi. Untuk menyelesaikan masalah, mereka telah menjual sebahagian daripada lembu-lembu itu.
sebahagian daripada lembu-lembu yang diperlihara
Rumput Napier yang boleh dimesin untuk makanan lembu
Makanan
lembu pula adalah dari rumput Napier. Rumput tersebut ditanam
dengan meluas di ladang itu supaya lembu tersebut tidak akan keputusan
makanan. Mereka juga terpaksa mengaji tiga orang pekerja untuk
menguruskan makanan lembu, membersihkan kandang lembu, memesin rumput Napier
untuk dijadikan makanan, dsbnya..
Selepas
itu, aku pergi melihat pokok cili. Terkejut aku apabila
melihatkan buah cili apinya gemuk dan besar. Begitu subur sekali,
mungkin disebabkan baja tahi lembu yang telah digunakan pada pokok cili api
itu. Baja tahi lembu merupakan baja yang paling baik sekali, kerana
makanannya hanyalah daripada rumput. Aku mengambil sedikit cili api itu untuk dibawa pulang.
Pokok Cili Api
Pekerja yang rajin. Pekerja perempuan dari Indonesia dan pekerja lelaki pula dari Bangladesh. Yang bagusnya apabila kedua-duanya berkomunikasi, mereka bertutur dalam Bahasa Melayu.
Dari jauh kelihatan
anak-anakku bermain di kolam ikan. Hatiku tidak tenang membiarkan
mereka bersendirian. Malang tidak berbau. Cepat-cepat kakiku
melangkah ke arah mereka. Di tangan mereka masing-msing memegang tangguk
ikan. Sudah puas mereka cuba menangkap ikan, tetapi tidak sseekor pun yang masuk ke dalam tangguk mereka. Aku pun meminta tangguk ikan itu dan
mencubanya. Akhirnya aku dapat dua ekor ikan Talapia dan mencuba kali kedua dan dapat lagi dua
ekor Talapia.
Bakal penternak ikan yang bergaya
Susah juga hendak menangguk ikan, takut jatuh dan ikan pula cerdik melepaskan diri.
Terpaksa meniti titi untuk pergi dan balik ke kolam ikan
Selepas aku mendapat empat ekor ikan tilapia itu, aku mengajak anak-anakku balik ke rumah rehat. Sampai di sana aku melihat, suamiku dan rakannya Aris sedang membetulkan saluran paip yang tidak berfungsi untuk menyiram anak pokok cili. Air siraman tidak berpusing dan kadang kala air yang keluar cuma sedikit sahaja. Setelah diibaikpuih dan diperiksa setiap sambungan saluran air tersebut, tetapi tidak berjaya Mereka semua bersepakat mengatakan tekanan ait tidak kuat untuk mengepam air dari kolam. Penyelesaiannya ialah mesin pengepam air perlu dibeli satu unit lagi khas untuk penanaman cili api dan betik supaya anak pokok itu dapat membesar dengan sempurna.
Anak pokok cili
Suamiku sedang membaiki alat siraman yang tidak boleh berfungsi dengan baik kerana tekanan air yang tidak kuat disebabkan jarak kolam dan kuasa injin yang kecil.