Setiap
dua atau tiga bulan, kami adik beradik sering mengadakan perjumpaan keluarga.
Perjumpaan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim di antara kami sekeluarga. Di antara
pengisian dalam pertemuan keluarga, kadang kala diadakan bacaan yassin, menyambut hari jadi
ataupun bermesyuarat jika ada isu penting yang hendak dibincangkan. Setelah
lebih empat bulan bagi tahun 2013, kami tidak dapat membuat perjumpaan keluarga yang
boleh mengumpulkan semua adik beradikku. Tanpa diduga, setelah membuat beberapa
kali perancangan, akhirnya dapat juga kami adik beradik berkumpul pada hari
Jumaat, kerana kebetulan hari itu cuti am kerana Hari Wesak.
Memandangkan
pada pagi hari Khamis aku baru sahaja membuat Spageti berkuahkan Cheese and
Herbs untuk anak-anakku menyambut Hari Guru di Sekolah Al-Hidayah, aku tidak
sempat untuk merancang apakah menu yang perlu aku bawa ke rumah kakakku.
Kebetulan pula petang Khamis itu aku telah membeli tiga ikan pucuk ubi untuk
dibuat masak tempoyak, maka masakan itu merupakan salah satu menu yang perlu
aku buat. Selepas sarapan aku telah pergi ke NSK Balakong, dan aku
terpandangkan ikan patin, terus aku merancang untuk membuat menu Ikan Patin
Tempoyak. Aku membeli dua ekor ikan patin. Kemudian aku membeli tulang lembu,
tomato, kacang panjang, lobak merah, kacang dal. Jika sempat aku hendak membuat
menu dalca jika sempat.
Balik
sahaja dari NSK, aku terus bersilat di dapur untuk membuat semua masakan yang
telah aku rancangkan supaya masakan tersebut dapat disiapkan dengan segera.
Memandangkan tulang lembu masih lagi keras diselaputi oleh air batu, hasrat aku
untuk merebus tulang lembu terbantut. Aku hanya sempat untuk membuat Pucuk Ubi
Masak Tempoyak dengan Ikan Patin Masak Tempoyak.
Ikan Patin Masak Tempoyak |
Pucuk ubi masak tempoyak
Lebih kurang jam 3.00 petang, kami sekeluarga pun berangkat menuju ke Kota Warisan. Sampai di sana semua sudah sampai kecuali seorang lagi yang masih lagi belum sampai, walaupun tinggal di Kota Warisan. Setelah dihubungi berapa kali, rupanya ada tetamu yang datang ke rumahnya. Setelah kami semua menjamu selera, anak saudaraku memasang air di belakang rumahnya kerana ada tab jakuzi di belakang rumah mereka. Anakku sememangnya sudah membawa baju dan tuala untuk mandi di sana jika berkesempatan.
Memandangkan makanan untuk makan
malam tidak cukup, ada yang mencadangkan untuk buat barbeku. Tapi aku
mengatakan takut tak sempat untuk membakarnya, lalu ada yang mencadangkan buat
steam boat dan beli Ayam KFC saja. Jarum jam menunjukkan pukul6.15 petang.
Adikku dan adik iparku ingin pergi ke GAINT di bandar Nilai untuk membeli bahan
untuk buat steam boat. Aku pun ikut serta kerana saja untuk mencuci mata.
Sempat juga kami mencatat resepi untuk membuat sos Steamboat daripada kakakku
.
.
Pada
sebelah malamnya pula, diadakan upacara memotong kek untuk menyambut hari ulang tahun pada
ahli di kalangan kami yang lahir pada bulan Mei. Badanku semakin letih, Aku memberi
isyarat kepada suami untuk pulang. Kami sampai di rumah jam 12.15 malam. Aku
berdoa agar kami semua dapat berkumpul lagi di masa akan datang. Insyaallah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan