Sejak akhir-akhir ini aku sering
teringatkan kawan lamaku. Tidak aku sangka kawan lamaku itu telah
menjadi seorang pengidap penyakit amnesia. Amnesia ialah seseorang yang telah hilang ingatan ataupun daya ingatan seseorang telah terganggu yang boleh menyebabkan seseorang tidak ingat langsung perkara yang telah berlaku dan tidak mengenali keluarga mahupun rakan-rakannya. Pada mulanya rakan setugasku di
bahagian lain telah memaklumkan kepadaku Pembantu Pejabatnya sering lewat
menghantar surat ke bahagian lain dan kadang kala juga sering tersalah hantar
surat ke bahagian yang lain. Pada mulanya aku beranggapan mungkin itu
adalah perkara biasa. Mungkin apabila terlalu banyak kerja boleh menyebabkan
dia tersilap hantar surat atau dokumen ke bahagian lain.
Suatu hari, aku telah terima surat dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia yang memaklumkan Pembantu Pejabat tersebut akan ditukarkan ke bahagian tempatku bertugas. Suka juga dihatiku apabila mendapat berita itu, kerana ia kawan lamaku dan kami pernah bersama-sama berlakon teater di suatu ketika dulu di bawah Badan Kebudayaan Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau juga pandai menyanyi dan lagu-lagu yang sering beliau dendangkan adalah lagu Ahmad Jais. Suaranya juga seakan-akan penyanyi tersebut. Hendak dijadikan cerita, pada suatu hari aku telah menyediakan satu surat kepada penulis. Apabila surat itu telah ditandatangan oleh Pengarah Penerbitan, aku pun menguruskan surat tersebut. Salinan surat aku masukkan ke dalam fail, surat asal aku masukkan ke dalam sampul surat. Sampul itu aku letakkan di dalam bakul surat Pembantu Pejabat untuk direkodkan sebelum menghantar surat tersebut ke Bahagian Pentadbiran Am. untuk urusan pos. Tiba-tiba terdengar Pembantu Pejabat tersebut berdiri sambil mamanggil namaku dan bertanya kepadaku sama ada surat itu perlu direkodkan dan dihantar ke Bahagian Pentadbiran Am untuk urusan pos. Lalu aku pun menganggukkan kepala dengan memberi tanda isyarat betul bahawa surat itu perlu diposkan. Tidak sampai 30 minit kemudian, beliau bertanya lagi, benarkah surat itu untuk dihantar ke Bahagian Pentadbiran Am bagi urusan pos. Sekali lagi aku mengangguk tanda betul dan berkata "Ya, untuk direkod dan dihantar ke Bahagian Pentadbiran Am". Tidak sampai 20 minit, beliau datang kepadaku dan bertanya lagi soalan yang sama dan aku masih lagi bersabar dan memberikan jawapan yang sama juga. Sehinggalah beliau bertanya kepadaku buat kali ke berapa pun aku sudah tidak ingat lagi sama ada surat ini hendak dibuka atau tidak, lantas aku terus menjawab tetapi tertinggi sedikit nadaku dan aku mengatakan kepadanya "Surat ini awak rekod ke dalam buku rekod hantar tangan, selepas itu awak hantar ke Bahagian Pentadbiran Am di tingkat 14 untuk mereka hantar ke Pejabat Pos nanti.
Selepas itu dia tidak bertanya lagi, mungkin kerana malu atau takut aku marah
kepadanya, aku sendiri pun tidak tahu. Waulahuallam. Tetapi yang melucukan
hatiku, rupa-rupanya dia telah bertanyakan soalan yang sama pada penyeliaku
pula beberapa kali sebagaimana ia telah bertanya kepadaku sebelum ini. Tetapi
penyeliaku menjawab dengan lembut dan sabar kerana ia mengetahui akan masalah
sikap pelupa kawanku itu.
Ada satu lagi cerita tentang kawanku itu. Satu petang, beliau telah diberi tugasan oleh bosku untuk membuat salinan fotostat bersaiz A3 setebal lebih kurang 50 -60 helai. Semasa aku hendak pergi ke bilik air, sambil berjalan aku nampak beliau sedang membuat kerja fotostat bahan tersebut. Apabila aku balik dari bilik air, aku melihat hanya 2-3 helai sahaja yang baru dibuatnya. Selebihnya dia asyik semak dokumen yang diberi oleh bosku itu sambil membelek-belek dokumen yang diberikan oleh bosku itu.
Jam sudah menunjukkan 10 minit
lagi 5.30 petang. Tidak sampai hati aku dibuatnya untuk
membiarkannya begitu. Lalu aku meminta izinnya dengan mengatakan biar aku
tolong membuat salinan tersebut dan dia hanya perlu stepler sahaja dokumen yang
telah aku fotostatkan itu. Akhirnya siap juga bahan yang diperlukan oleh
bosku itu. Jika aku tidak menolongnya, agaknya pukul berapa dia hendak
menghabiskan kerjanya dan bila pula dia akan pulang ke rumahnya. Tapi
sampai bila dia perlu dibantu setiap kali untuk menjalankan tugasannya?
Semasa Program Penyusunan Semula Organisasi DBP, sekali lagi kawanku telah ditukarkan ke bahagian yang lain dan aku pun tidak bertanya khabar tentang dirinya lagi kerana jarang bertemu. Suatu hari aku dikejutkan berita tentang kawanku itu tidak dapat pulang ke rumah kerana tidak tahu jalan pulang ke rumahnya. Memandangkan hari sudah larut malam, anaknya telah menelefon ayahnya. Nasib baik kawanku menjawab dia berada di padang tempat menyambut kemerdekaan. Sudah tentulah di Dataran Merdeka. Nasib baik anak-anaknya dapat berjumpa dengan ayahnya itu. Selepas kejadian itu kawanku telah dibawa ke hospital untuk rawatan selanjutnya dan telah diberikan cuti sakit. Ramai kawan-kawan telah pergi ke rumahnya, tetapi sayang sekali kerana ia tidak lagi mengenali kawan-kawannya. Sedih hatiku apabila mengetahui apa yang telah berlaku kepada kawanku. Aku berdoa agar ia kembali pulih sekurang-kurangnya dapat menjalani suruhan Allah. Amin. |
Jumaat, 31 Mei 2013
KAWANKU SEORANG AMNESIA
Selasa, 28 Mei 2013
INFO IT
Bagaimana Membuat Blog?
Masukkan gambar dalam blog
Cara Privatekan Blog
Anda boleh klik di sini letakkan icon facebook, twitter atau blog
Ramai kawan-kawanku ingin membuat blog, tetapi tidak mahu belajar atau malas untuk mencari maklumat untuk membuat blog. Sebelum anda hendak membuat blog, anda perlu ada e-mel, tidak kira e-mel yahoo, google atau apa jua yang mudah untuk mereka hubungi anda semula. Kemudian anda buka laman web www.blogspot.com dan anda perlu daftar nama dan emel anda di laman tersebut.
![]() |
| Pendaftaran Blog |
Apabila sudah diterima, Anda perlu untuk mengisi maklumat tentang diri anda. Anda jugaperlu memikirkan apakah tema blog anda untuk anda namakan blog anda. Selamat mencuba
Masukkan gambar dalam blog
Jika anda menulis blog dan anda boleh memasukkan gambar sebagai tambahan kepada penulisan anda. Ganbar yang boleh dimasukkan dalam blog adalah dalam bentuk jpeg sahaja. Cara funtuk masukkan gambar, anda cuma klik di icon empat segi bersebelahan denngan icon tertulis Link. Jika cursor anda pada icon tersebut, akan terpapar insert image. Kemudian anda akan diminta untuk memilih gambar.
Selamat mencuba.
Cara Privatekan Blog
Anda seorang penulis
blog? Bagi penulis blog yang baru, sudah tentu banyak perkara yang
perlu anda dipelajari. Begitu juga dengan saya. Di sini saya
sertakan sedikit sebanyak yang saya ketahui untuk dikongsi bersama dengan kawan-kawan.
Ada sesetengah penulis hendak
menulis blog, tetapi tidak mahu orang lain mengetahuinya. Ada juga
penulis blog menulis untuk catatan atau diari mereka. Ada juga
penulis blog menulis untuk ditatap oleh pembaca lain. Terpulang
kepada kehendak penulis. Untuk makluman lanjut sila klik di sini
Cara
Privatekan Blog.
Untuk letakkan icon facebook, twitter dan icon blog di halaman depan blog
Anda boleh menambahkan icon facebook anda, ataupun icon twitter anda di depan blog. Tujuan ini adalah untuk raka anda boleh berhubung terus dengan anda melalui facebook ataupun twitter. Anda juga boleh meletakkan icon blog anda yang anda paling suka ataupun blog rakan lain yang anda suka. Terpulang kepada kehendak anda.
Anda boleh menambahkan icon facebook anda, ataupun icon twitter anda di depan blog. Tujuan ini adalah untuk raka anda boleh berhubung terus dengan anda melalui facebook ataupun twitter. Anda juga boleh meletakkan icon blog anda yang anda paling suka ataupun blog rakan lain yang anda suka. Terpulang kepada kehendak anda.
Anda boleh klik di sini letakkan icon facebook, twitter atau blog
Untuk
meletakkan surah secara random di dalam blog anda
Saya
suka tajuk ini kerana sambil mengemaskini blog, secara tidak langsung kita akan
membaca surah yang dipaparkan di muka depan blog kita, Jika anda suka
widget ini bolehlah gunakan kod di bawah. Seperti biasa anda klik di
dashboard, layout dan pilih yang ada html.
<div style="border: 2px dotted green;"><script
language="JavaScript"
src="http://silence-blogz.googlecode.com/files/widget-surah2.js">
//*Sila pasang kod ini di sidebar blog anda.Mengubahsuai script ini akan menyebabkan
ianya gagal berfungsi.Original Random Surah script by Potia(silenceblogz.com)
*//
< /script>
< /div
//*Sila pasang kod ini di sidebar blog anda.Mengubahsuai script ini akan menyebabkan
ianya gagal berfungsi.Original Random Surah script by Potia(silenceblogz.com)
*//
< /script>
< /div
Penerangan kod :
·
2 = saiz
border.
· green = warna border - [boleh ditukarkan kepada - black,
grey, red, lime, maroon dll]
Selamat mencuba.

Isnin, 27 Mei 2013
PRODUK SAYA
Dulu
saya sering menjual pelbagai barangan seperti brooch, tudung dan apa
juga yang boleh mengisi masa lapang saya. Saya rasa seronok dapat menjual
sesuatu kepada rakan-rakan. Tapi sejak akhir-akhir ini prestasi saya
sudah menurun, mungkin agaknya saya sudah menggantikannya dengan menulis
blog, membuat slide show, mencari maklumat di blog rakan serta mempelajari perkara-perkara
baru yang tidak dijangka kita akan memperolehnya.
Walaupun begitu, di sini saya juga ingin memperkenalkan satu produk untuk kaum wanita. Produk yang saya maksudkan ialah Nasi Arab yang siap rempah ratusnya di dalam kotak. Nasi Arab ini mempunyai dua jenis. Jenis yang pertama dinamakan Nasi Mandy Kambing Yaman. Dalam kotak tersebut mengandungi beras basmathi dan rempah ratus untuk digunakan memasak daging kambing dan nasi.
Walaupun begitu, di sini saya juga ingin memperkenalkan satu produk untuk kaum wanita. Produk yang saya maksudkan ialah Nasi Arab yang siap rempah ratusnya di dalam kotak. Nasi Arab ini mempunyai dua jenis. Jenis yang pertama dinamakan Nasi Mandy Kambing Yaman. Dalam kotak tersebut mengandungi beras basmathi dan rempah ratus untuk digunakan memasak daging kambing dan nasi.
Nasi
Mandy Kambing Yaman - Daging kambing sebanyak 1 kilo direbus dan
dicampurkan sebahagian daripada rempah yang disertakan di dalam
kotak. Ini adalah untuk memberi sedikit perisa pada daging kambing itu nanti. Jika anda suka yang berperisa bolehlah ditambah sedikit garam. Sebahagian daripada rempah itu digunakan untuk menanak nasi. Jika
anda teringin untuk makan Nasi Arab, bolehlah mencubanya dan yang pasti ianya
menjimatkan. Tidak perlu bersusah payah untuk mencari rempah ratusnya kerana
semua telah ada di dalam kotak.
Kepada
anda yang berhajat, bolelah hubungi saya sekiranya berminat.
![]() |
| Nasi Arab Daging Kambing |
Saya telah mencuba membuat Nasi Arab ini. Tetapi saya membuat sebahagian daging kambing itu untuk merebusnya dan sebahagian lagi saya buat gulai beriyani. Anak saya amat suka air asamnya. Memandangkan saya tidak ada lemon, saya gantikan dengan limau nipis dan saya masukkan 4-5 biji cili api, sedikit garam dan gula untuk menambahkan perisa.
Nasi Arab Daging Kambing
Gulai Kambing Masak Beriyani
Air Asam
Semasa
menulis tentang produk ini, saya terjumpa satu laman tentang resepi membuat
nasi mandy ini. Jika anda ingin mencubanya sendiri boleh klik di
sini - resepi Nasi
Mandy (Kambing/Lembu) atau Resepi Nasi Mandy (Ayam).
Sabtu, 25 Mei 2013
PERJUMPAAN KELUARGA
Setiap
dua atau tiga bulan, kami adik beradik sering mengadakan perjumpaan keluarga.
Perjumpaan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim di antara kami sekeluarga. Di antara
pengisian dalam pertemuan keluarga, kadang kala diadakan bacaan yassin, menyambut hari jadi
ataupun bermesyuarat jika ada isu penting yang hendak dibincangkan. Setelah
lebih empat bulan bagi tahun 2013, kami tidak dapat membuat perjumpaan keluarga yang
boleh mengumpulkan semua adik beradikku. Tanpa diduga, setelah membuat beberapa
kali perancangan, akhirnya dapat juga kami adik beradik berkumpul pada hari
Jumaat, kerana kebetulan hari itu cuti am kerana Hari Wesak.
Memandangkan
pada pagi hari Khamis aku baru sahaja membuat Spageti berkuahkan Cheese and
Herbs untuk anak-anakku menyambut Hari Guru di Sekolah Al-Hidayah, aku tidak
sempat untuk merancang apakah menu yang perlu aku bawa ke rumah kakakku.
Kebetulan pula petang Khamis itu aku telah membeli tiga ikan pucuk ubi untuk
dibuat masak tempoyak, maka masakan itu merupakan salah satu menu yang perlu
aku buat. Selepas sarapan aku telah pergi ke NSK Balakong, dan aku
terpandangkan ikan patin, terus aku merancang untuk membuat menu Ikan Patin
Tempoyak. Aku membeli dua ekor ikan patin. Kemudian aku membeli tulang lembu,
tomato, kacang panjang, lobak merah, kacang dal. Jika sempat aku hendak membuat
menu dalca jika sempat.
Balik
sahaja dari NSK, aku terus bersilat di dapur untuk membuat semua masakan yang
telah aku rancangkan supaya masakan tersebut dapat disiapkan dengan segera.
Memandangkan tulang lembu masih lagi keras diselaputi oleh air batu, hasrat aku
untuk merebus tulang lembu terbantut. Aku hanya sempat untuk membuat Pucuk Ubi
Masak Tempoyak dengan Ikan Patin Masak Tempoyak.
![]() |
Ikan Patin Masak Tempoyak |
Pucuk ubi masak tempoyak
Lebih kurang jam 3.00 petang, kami sekeluarga pun berangkat menuju ke Kota Warisan. Sampai di sana semua sudah sampai kecuali seorang lagi yang masih lagi belum sampai, walaupun tinggal di Kota Warisan. Setelah dihubungi berapa kali, rupanya ada tetamu yang datang ke rumahnya. Setelah kami semua menjamu selera, anak saudaraku memasang air di belakang rumahnya kerana ada tab jakuzi di belakang rumah mereka. Anakku sememangnya sudah membawa baju dan tuala untuk mandi di sana jika berkesempatan.
Memandangkan makanan untuk makan
malam tidak cukup, ada yang mencadangkan untuk buat barbeku. Tapi aku
mengatakan takut tak sempat untuk membakarnya, lalu ada yang mencadangkan buat
steam boat dan beli Ayam KFC saja. Jarum jam menunjukkan pukul6.15 petang.
Adikku dan adik iparku ingin pergi ke GAINT di bandar Nilai untuk membeli bahan
untuk buat steam boat. Aku pun ikut serta kerana saja untuk mencuci mata.
Sempat juga kami mencatat resepi untuk membuat sos Steamboat daripada kakakku
.

.
Pada
sebelah malamnya pula, diadakan upacara memotong kek untuk menyambut hari ulang tahun pada
ahli di kalangan kami yang lahir pada bulan Mei. Badanku semakin letih, Aku memberi
isyarat kepada suami untuk pulang. Kami sampai di rumah jam 12.15 malam. Aku
berdoa agar kami semua dapat berkumpul lagi di masa akan datang. Insyaallah.
Rabu, 22 Mei 2013
Kursus Microsoft Access
Beberapa bulan yang lepas Bahagian
Pengurusan Sumber Manusia telah mengarahkan kepada semua pentadbir bahagian supaya
menyenaraikan semua fail yang telah ditutup bagi tahun 2007 dan sebelumnya. Kami
telah diberi kursus tentang pengurusan fail tutup oleh pihak ARKIB, pengelasan
dokumen, keselamatan dokumen, dan berbagai-bagai lagi untuk menambahkan pengetahuan kami sebagai
pentadbir bahagian. Sememangnya sudah lama aku telah membuat senarai fail tutup
tersebut dengan menggunakan Microsoft Excell dan menyusun nama fail mengikut abjad. Walau bagaimanpun, menurut pegawai yang menguruskan
fail tutup ini, senarai tersebut hendaklah disusun mengikut nombor fail, sub
nombor, sub-sub nombor fail dan ditaip menggunakan boran Arkib 5/08. Aku terpaksa menggunakan kepakaranku
yang tidak seberapa untuk menyusun semula senarai fail tersebut mengikut nombor fail.
Namun aku masih tetap menyimpan senarai fail tutup mengikut abjad demi
rujukanku di masa akan datang.
Bagi memudahkan semua pentadbir bahagian, Sistem
kemasukan fail tutup telahpun dibuat oleh kawanku Mohd Fazli Ismail dari
Bahagian Harta Intelek secara sukarela dengan menggunakan Microsoft Access. Kebanyakan
pentadbir bahagian kurang mahir dan ada yang tidak pernah menggunakan perisian
tersebut. Lantas aku telah beberapa kali mencadangkan kepada Bahagian
Sistem Pengurusan Sumber Manusia agar memaklumkan kepada Bahagian Pembangunan
Sumber Manusia untuk mengadakan kursus Microsoft Access kepada semua pentadbir
bagi keperluan tersebut. Tetapi tidak ada sebarang respond pun, sehinggalah
suatu hari aku membuka facebook dan telah add rakan yang bernama latihan
DBP. Di situlah aku berpeluang memaklumkan apa yang
diperlukan oleh pentadbir bahagian. Alhamdulillah akhirnya berjaya juga hasrat aku untuk mengikuti kursus Microsoft Access
kerana Bahagian Pembangunan Sumber Manusia akhirnya telah mengadakan kursus
tersebut bermula dari 21 Mei hingga 23 mei 2013 di Bilik Makmal, Aras 4, Podium
DBP. Tenaga penceramahnya dari JNA IT Develepment (M) Sdn. Bhd. oleh Encik Hailan bub Abdul Hamid. Seramai 20 orang pentadbir telah ditawarkan untuk menghadiri kursus tersebut. Aku juga dimaklumkan, kursus tersebut akan diadakan lagi di masa akan datang untuk pentadbir lain yang belum lagi menghadirinya.
Selepas sahaja habis menghadiri kursus tersebut pada hari pertama, aku terus mencuba di pc menggunakan microsoft Access untuk membuat satu rekod agihan manuskrip bagi memudahkan pencarian jika ada penulis luar atau bahagian yang bertanya kembali tentang manuskrip mereka. Tak sabar hendak mencubanya. Tapi banyak lagi yang perlu aku ketahui. Terima kasih kepada En. Hailan kerana melalui kursus tersebut dapat juga ilmu yang diperoleh, dan aku akan cuba membuat nota secara slide menggunakan power point untuk rujukanku di masa akan datang.
Isnin, 20 Mei 2013
BERBAKTI KEPADA TANAH ADA HASILNYA!
Suamiku
dan empat orang rakannya telah diberi sebidang tanah atas nama salah seorang rakan
mereka yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Sembilan seluas 15 ekar. Kedudukan tanah itu di Lenggeng, Negeri
Sembilan. Tanah tersebut diberikan hanya untuk
projek pertanian ataupun penternakan. Setiap tahun
hanya bayaran cukai tanah yang tidaklah tinggi sangat dan akan dikenakan ke atas
mereka. Pada mulanya aku tidak berapa percaya mereka sanggup menguruskannya,
kerana kawasan tersebut dipenuhi dengan
semak samun dan lalang belaka. Lagipun mereka semua adalah staf kerajaan
yang bekerja di dalam pejabat sepenuh masa. Setiap hujung minggu mereka akan
pergi ke ladang tersebut untuk menerangkan kawasan semak samun dan lalang tersebut,
sehinggakan aku naik bosan kerana setiap hujung minggu sahaja
suamiku dan kawan-kawannya pasti akan ke sana. Pernah juga suamiku
menunjukkan kepadaku tangannya yang kasar dan luka-luka di tubuhnya kerana membuat kerja-kerja pembersihan di ladang
tersebut. Kulit di tangan dan mukanya pun semakin gelap. Dulu kulit suamiku berwarna putih kuning, tetapi kini aku pula lebih cerah daripadanya. Ibuku
juga pernah berkata tangan suamiku terlalu kasar dan uratnya pun timbul-timbul,
mengalahkan tangan buruh dari Indonesia yang membuat bangunan. Geli
pula hati aku apabila mendengarnya. Suamiku hanya tersenyum apabila aku memberitahunya.
Setiap daripada mereka mempunyai kepakaran masing-masing dan setiap orang memainkan peranan masing seperti mereka membina sendiri rumah lembu, membuat pagar, membuat stor, membuat saluran air, memasang pam air, dll agar kos tidak banyak dikeluarkan. Setelah satu tahun lebih mereka menguruskannya, alhamdulillah akhirnya mereka berjaya menjadi penternak dan petani moden walaupun hasilnya belum lagi diagihkan kerana duit yang diperoleh masih dibuat pusingan modal untuk membeli peralatan lain Disamping menternak lembu, kambing, ikan talapia, mereka juga cuba untuk menambahkan pendapatan dengan menanam cili, api, buah betik, kacang bendi pula. Pernah juga aku pergi ke sana beberapa kali mengikuti suamiku ke sana, tetapi ketika itu, tempat untuk berehat/bersantai tidak sempurna lagi, menyebabkan aku tidak berminat untuk mengikutinya. Tambahan pula kawasan di situ agak panas dan kering. Setiap kali aku ke sana, mukaku pasti akan bertukar kepada warna agak gelap sedikit seolah-olah aku telah pergi mandi laut.
Semalam, pada tarikh 19 Septembear 2013, aku dan keluargaku telah pergi ke ladang tersebut. Selepas menghadiri majlis perkahwinan anak kawanku Rosilawati Yusuf di Keramat Mall, kami terus menuju ke ladang itu. Sebelum itu, aku telahpun membawa T-shirt, seluar panjang, tuala serta baju anak-anakku dan yang paling penting sekali ialah air mineral dua botol besar kerana di sana tiada air paip. Sampai di sana, kelihatan sepasang suami isteri sedang memesin rumput untuk dijadikan makanan lembu. Pasangan suami isteri itu merupakan pekerja di ladang itu. Setelah aku menukar baju dan menyimpanan baranganku, aku terus pergi ke kandang kambing yang bersebelahan dengan bilik rehat dan tempat penyimpanan barang-barang. Kambingnya pula agak jinak, dan apabila tangan dihulurkan kambing-kambing itu akan datang kepada kami seolah-olah menyambut kedatangan kami,
Kemudian aku berjalan lagi menuju ke kandang lembu. Kelihatan lembu-lembu itu telah membesar dan ada juga yang gemuk. Sebelum ini keadaan lembu di situ kurus-kurus belaka dan aku mengatakan kepada suamiku, lembu-lembu itu terlalu kurus seperti lembu di Negara Afrika sahaja. Mungkin lembu di ladang itu terlalu banyak dan makanan pula mungkin tidak mencukupi. Untuk menyelesaikan masalah, mereka telah menjual sebahagian daripada lembu-lembu itu.
Setiap daripada mereka mempunyai kepakaran masing-masing dan setiap orang memainkan peranan masing seperti mereka membina sendiri rumah lembu, membuat pagar, membuat stor, membuat saluran air, memasang pam air, dll agar kos tidak banyak dikeluarkan. Setelah satu tahun lebih mereka menguruskannya, alhamdulillah akhirnya mereka berjaya menjadi penternak dan petani moden walaupun hasilnya belum lagi diagihkan kerana duit yang diperoleh masih dibuat pusingan modal untuk membeli peralatan lain Disamping menternak lembu, kambing, ikan talapia, mereka juga cuba untuk menambahkan pendapatan dengan menanam cili, api, buah betik, kacang bendi pula. Pernah juga aku pergi ke sana beberapa kali mengikuti suamiku ke sana, tetapi ketika itu, tempat untuk berehat/bersantai tidak sempurna lagi, menyebabkan aku tidak berminat untuk mengikutinya. Tambahan pula kawasan di situ agak panas dan kering. Setiap kali aku ke sana, mukaku pasti akan bertukar kepada warna agak gelap sedikit seolah-olah aku telah pergi mandi laut.
Semalam, pada tarikh 19 Septembear 2013, aku dan keluargaku telah pergi ke ladang tersebut. Selepas menghadiri majlis perkahwinan anak kawanku Rosilawati Yusuf di Keramat Mall, kami terus menuju ke ladang itu. Sebelum itu, aku telahpun membawa T-shirt, seluar panjang, tuala serta baju anak-anakku dan yang paling penting sekali ialah air mineral dua botol besar kerana di sana tiada air paip. Sampai di sana, kelihatan sepasang suami isteri sedang memesin rumput untuk dijadikan makanan lembu. Pasangan suami isteri itu merupakan pekerja di ladang itu. Setelah aku menukar baju dan menyimpanan baranganku, aku terus pergi ke kandang kambing yang bersebelahan dengan bilik rehat dan tempat penyimpanan barang-barang. Kambingnya pula agak jinak, dan apabila tangan dihulurkan kambing-kambing itu akan datang kepada kami seolah-olah menyambut kedatangan kami,
Kemudian aku berjalan lagi menuju ke kandang lembu. Kelihatan lembu-lembu itu telah membesar dan ada juga yang gemuk. Sebelum ini keadaan lembu di situ kurus-kurus belaka dan aku mengatakan kepada suamiku, lembu-lembu itu terlalu kurus seperti lembu di Negara Afrika sahaja. Mungkin lembu di ladang itu terlalu banyak dan makanan pula mungkin tidak mencukupi. Untuk menyelesaikan masalah, mereka telah menjual sebahagian daripada lembu-lembu itu.
Rumput Napier yang boleh dimesin untuk makanan lembu
Makanan lembu pula adalah dari rumput Napier. Rumput tersebut ditanam dengan meluas di ladang itu supaya lembu tersebut tidak akan keputusan makanan. Mereka juga terpaksa mengaji tiga orang pekerja untuk menguruskan makanan lembu, membersihkan kandang lembu, memesin rumput Napier untuk dijadikan makanan, dsbnya..
Selepas
itu, aku pergi melihat pokok cili. Terkejut aku apabila
melihatkan buah cili apinya gemuk dan besar. Begitu subur sekali,
mungkin disebabkan baja tahi lembu yang telah digunakan pada pokok cili api
itu. Baja tahi lembu merupakan baja yang paling baik sekali, kerana
makanannya hanyalah daripada rumput. Aku mengambil sedikit cili api itu untuk dibawa pulang.
Pokok Cili Api
Pekerja yang rajin. Pekerja perempuan dari Indonesia dan pekerja lelaki pula dari Bangladesh. Yang bagusnya apabila kedua-duanya berkomunikasi, mereka bertutur dalam Bahasa Melayu.
Dari jauh kelihatan anak-anakku bermain di kolam ikan. Hatiku tidak tenang membiarkan mereka bersendirian. Malang tidak berbau. Cepat-cepat kakiku melangkah ke arah mereka. Di tangan mereka masing-msing memegang tangguk ikan. Sudah puas mereka cuba menangkap ikan, tetapi tidak sseekor pun yang masuk ke dalam tangguk mereka. Aku pun meminta tangguk ikan itu dan mencubanya. Akhirnya aku dapat dua ekor ikan Talapia dan mencuba kali kedua dan dapat lagi dua ekor Talapia.
Susah juga hendak menangguk ikan, takut jatuh dan ikan pula cerdik melepaskan diri.
Terpaksa meniti titi untuk pergi dan balik ke kolam ikan
Selepas aku mendapat empat ekor ikan tilapia itu, aku mengajak anak-anakku balik ke rumah rehat. Sampai di sana aku melihat, suamiku dan rakannya Aris sedang membetulkan saluran paip yang tidak berfungsi untuk menyiram anak pokok cili. Air siraman tidak berpusing dan kadang kala air yang keluar cuma sedikit sahaja. Setelah diibaikpuih dan diperiksa setiap sambungan saluran air tersebut, tetapi tidak berjaya Mereka semua bersepakat mengatakan tekanan ait tidak kuat untuk mengepam air dari kolam. Penyelesaiannya ialah mesin pengepam air perlu dibeli satu unit lagi khas untuk penanaman cili api dan betik supaya anak pokok itu dapat membesar dengan sempurna.
Anak pokok cili
Suamiku sedang membaiki alat siraman yang tidak boleh berfungsi dengan baik kerana tekanan air yang tidak kuat disebabkan jarak kolam dan kuasa injin yang kecil.
Langgan:
Catatan (Atom)
















































