Rabu, 12 Jun 2013

Hari Semarak Kasih

Hari kemucak iaitu majlis penyampaian hadiah untuk semua aktiviti Puspanita DBP yang telah dijalankan seminggu yang lepas telahpun diadakan semalam yang diberi nama Hari Semarak Kasih Puspanita DBP.   Bekas Pengerusi Puspanita KPM YBhg. Datin Rohana bitni Abdullah @ Madon (sekarang Pengerusi Puspanita Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi)  telah dijemput untuk menyempurnakan majlis.   Di sebelah pagi diadakan ceramah  khas untuk wanita yang bertajuk Kemuliaan Wanita yang disampaikan oleh Tn. Hj. Nazmi bin Mohd Noor.  Perlbagai faedah dan petua telah diperoleh dari ceramah tersebut, tetapi malangnya aku tidak dapat mendengar sehingga tamat kerana pertandingan gubahan hantaran diadakan pada pukul 11.30 pagi.
 
Tuan Penceramah telah memaklumkan wanita paling mudah masuk syurga jika melakukan perkara seperti berikut:

  1. Tidak boleh meninggalkan sembahyang wajib (5 waktu)
  2. Tidak meninggalkan puasa di bulan ramadhan (Sekiranya tidak uzur)
  3. Menjaga kehormatan diri (tidak berhias diri untuk orang lain)
  4. Taat kepada suami
(Jika ada kesempatan aku akan masukkan sedikit doa yang diberikan yang sempat aku catat untuk dikongsi bersama)

Sebelum ceramah dimulakan, kumpulan Nasyid dari Dewan Bahasa dan Pustaka yang bernama  Rayyan sempat mendendangkan lagu ketuhanan.   Sempat juga aku bergambar dengan mereka, kerana sebelum ini aku juga pernah menjadi ahli kumpulan nasyid DBP bersama mereka dengan nama Kumpulan ......(iskk lupa lak sebab dah lama tinggal)

Bergambar bersama Kumpulan Rayyan (macam pengurus kumpulan nasyid pulak)





Kemudian aku terpaksa pergi ke Dewan Bankuet kerana pertandingan gubahan bunga dan hantaran diadakan di situ.  Kelam kabut aku dibuatnya kerana  pertandingan itu telahpun bermula.   Walaupun dalam keadaan tangan yang menggigil,  sempat juga aku menyiapkannya.   Sirih yang aku beli rupanya tidak cukup kerana aku telah terlebih guna daun sirih itu untuk menutup gabus sebagai tiang  tempat untuk mencucuk bunga-bungaan dan daun sirih.

 


Gubahan Sirih Junjung yang aku buat 
 
 
 
Setelah aku lihat semula sireh junjung yang aku telah aku bayangkan dengan sireh junjung yang telah aku hasilkan, apabila dibuat perbandingan jauh panggang dari api..hihihikkkk (Itulah tak cetak gambar sebelum beli bunga/sirih).   Anda nak lihat perbandingan sireh junjung itu...patutlah tidak dapat jadi juara...
 
 
 
 
Akan sambung ...nak pergi kursus dulu...
 

<script async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script>
<ins class="adsbygoogle"
     style="display:block; text-align:center;"
     data-ad-layout="in-article"
     data-ad-format="fluid"
     data-ad-client="ca-pub-0431987142080099"
     data-ad-slot="7242059337"></ins>
<script>
     (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
</script>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan