Baru-baru
ini Puspanita DBP telah menganjurkan suatu pertandingan memasak untuk staf
DBP. Aku boleh memasak, tetapi untuk bertanding rasanya takut pula.
Aku boleh bayangkan bagaimana tanganku akan menggigil untuk memotong bawang
atau pun untuk mengopek kulit kentang. Ishhhhhk! malas
aku hendak hadapi semua itu.
Rupa-rupanya pertandingan itu diadakan pada hari ini iaitu 17 Mei 2013 (Jumaat) di Dewan Bankuet. Selepas makan tengah hari di Cafeteria bersama rakanku Siti Hazlinda, kami terus pergi ke Dewan Bankuet. Apabila sampai di sana, masakan telah tersedia di atas meja. Peserta rupanya telah memasak di rumah lebih awal, dan bukannya masak di situ. Terdetik juga di dalam hatiku "Kalau macam ini, aku pun boleh masuk ni". Tapi disebabkan tidak ambil kisah menyebabkan aku tidak tahu peraturan yang telah ditetapkan.

Sampai
sahaja di sana, pelbagai masakan lauk-pauk dan kuih-muih telah
dipertandingkan. Canatik juga cara persembahan
mereka. Sempat juga aku bertanya kepada rakan-rakanku, apabila
melihatkan masakan yanag aku minati dan boleh dibuat di rumah suatu hari
nanti. Jurinya terdiri daripada Presiden Puspanita DBP Pn. Hajah
Jaminah binti Hj. Hashim selaku Presiden Puspanita DBP dan juga
isteri kepada Ketua Pengarah DBP, Puan Padilah Haji Ali selaku Timbalan
Presiden Puspanita DBP dan juga Ketua Editor Bahagian Buku Umum, Pn.
Kamariah binti Yusof, Pengurus Kewangan dan Bekalan Pn. Azah Wahab.
Di sini aku paparkan serba sedikit masakan kawan-kawanku yang telah dipertandingkan untuk tatapan kawan-kawan.
Di sini aku paparkan serba sedikit masakan kawan-kawanku yang telah dipertandingkan untuk tatapan kawan-kawan.
Ubi rebus ditumbuk dicampur dengan kelapa paruat
Juri sedang berbincang untuk membuat keputusan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan