TAHUKAN ANDA?

Fakta Sains
 
1.   Bentuk air hujan tidak sama dengan bentuk air mata. Bentuk air hujan adalah bulat.

2.   Benda padat yang dipanaskan akan terus berubah jadi gas, tidak perlu jadi cecair lebih dahulu.

3.   Gorila tidur di sarang yang dibuat dari ranting-ranting pohon dan dedaunan. Jantan biasanya tidur di tanah, sementara betina tidur di sarang di atas pohon.

4.   Sebagian besar proses pencernaan terjadi bukan diperut, tapi di usus halus.

5.   Cairan merah yang keluar dari daging stik setengah masak adalah bukan darah, tetapi mioglobin, iaitu“sepupu” darah yang ada di gentian otot.

6.   Beg shopping dari kertas dan plastik sama-sama mempunyai sifat buruk. Beg plastik susah diurai, sementara beg kertas memerlukan tenaga yang banyak semasa pembuatannya.

7.  Bulu beruang kutub itu transparen, bukan putih. Kulit mereka juga bukan putih, melainkan hitam. Ketika berada di kawasan panas dan lembap, kulit mereka boleh menjadi warna hijau kerana lumut.

8.  Pemetaan lidah yang menentukan bahagian tertentu untuk mengecap rasa tertentu itu adalah tidak benar. Seluruh rasa dapat dikecap oleh semua bahagian lidah.

9.  Ketika Anda hidup, otak berwarna merah muda. Ketika anda meninggal, otak berubah jadi kelabu.

10.  Merkuri bukan satu-satunya cairan metal. Gallium (Ga) berbentuk pepejal pada suhu ruangan, tapi akan meleleh ketika diletakkan di tangan. Cesium (Cs) dan fransium (Fr) juga boleh mencair di sekitar suhu bilik.

11.  Ikan Lumba-lumba tidak minum air laut. Mereka mendapat cairan dari makanan yang mereka makan. Minum air laut boleh membuatkan mereka sakit, bahkan mati.

12.  Union Soviet adalah negara pertama yang berjaya mendaratkan  pesawat di bulan. Tahun 1959, Luna 2 berjaya mendarat di bulan. Tahun 1966, Luna 9 juga mendarat di sana. Empat bulan kemudian, Amerika Syarikat baru berjaya mendaratkan pesawat mereka, Surveyor I.

Sumber: dari sini


Khasiat sebiji Epal

Memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan. Kajian menunjukkan epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidaan kolesterol yang tidak baik. Satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung.

Kanak-kanak yang memakan makanan segera dan kemudian memakan epal atau meminum jusnya, ia sebenarnya mengimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku pembentukkan lemak dalam badan.

FAKTA KESIHATAN



  • Makan sebiji epal sehari memberi anda sejumlah lima gram serat
  • Mengandungi anti oksidan yang menurunkan risiko masalah jantung   dan barah.
  • Membantu kesihatan memberan paru-paru.
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  • Membantu mengekalkan berat badan.
Khasiat buah epal juga khabarnya boleh membantu melawan jangkitan penyakit selsema babi (H1N1). Waulahualam.





Tahukah Anda, duduk telalu lama boleh membunuh?
 
Mungkin ramai yang tak tahu, duduk yang terlalu lama pada satu-satu posisi boleh mendatangkan masalah kesihatan, malah lebih teruk lagi boleh membunuh anda! Macam mana? Kalau nak tahu lebih lanjut lagi, sila baca info ini di sini duduk terlalu lama boleh membunuh anda?