INFO KESIHATAN

Buah Tunjuk Langit

 
Buah tunjuk langit telah mendapat perhatian di mata dunia sejak kebelakangan ini setelah banyak kajian bioteknologi yang dijalankan menemui pelbagai kebaikan yang boleh diperolehi daripada buah tersebut.

Pakar-pakar saintis bioteknologi berpendapat bahawa biji dari buah Mahogany mengandungi banyak khasiat semulajadi yang boleh dijadikan sebagai makanan kesihatan disamping meningkatkan sistem pengedaran darah di dalam tubuh manusia.

Buah tunjuk langit mempunyai keistimewaan yang sukar diperolehi dari mana-mana tumbuhan herba di seluruh dunia. Ia mengandungi kandungan tertinggi tiga komposit aktif utama iaitu Flavonoids, Saponins dan Bitter Alkaloid.

Di samping itu, ia juga mengandungi pelbagai nutrisi semulajadi yang dapat mengekalkan tahap kesihatan tubuh badan dan meningkatkan tenaga keseluruhan badan manusia seperti protein, mineral, pelbagai vitamin, karbohidrat dan sebagainya.

Swietenia macrophylla, Mahogani Daun Besar atau Mahogani Honduras adalah tumbuhan liar yang berasal dari jenis pokok Meliaceae (keluarga pokok Mahogani atau Mahoni). Pokok ini tumbuh di kawasan hutan hujan tropika yang bersuhu kering dan lembap terutamanya di Amerika Selatan, India Barat, Kepulauan Indonesia, Fiji, Honduras, Kepulauan Solomon dan juga Malaysia.

Ia digelar Raja Swietenia atau Raja Mahogani oleh kerana mutu kayunya yang tinggi di pasaran dunia sejak beratus tahun yang lalu.

BAHAN AKTIF PENTING DALAM BUAH TUNJUK LANGIT.

1.FLAVONOIDSBahan Flavonoids yang tinggi di dalam buah Mahogany mengandungi bahan enzim semulajadi yang dapat merangsang pembukaan pembuluh darah bagi melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan serta membekalkan nutrisi dan oksigen lalu bertindak sebagai enzim anti- pengoksidaan.

2.SAPONINS
Saponins di dalam buah tunjuk langit dapat mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding saluran darah bagi
melancarkan perjalanan darah. Kandungan bahan Saponins yang tinggi ini juga boleh didapati di dalam makanan herba yang disanjungi dunia iaitu herba Ginseng Panax.

3.BITTER ALKALOIDSdi dalam buah tunjuk langit adalah unsur organic yang mempunyai sifat perubatan semulajadi. Buah tunjuk langit adalah amat pahit jika dimakan begitu sahaja.

Rasanya pahit adalah disebabkan oleh kandungan bitter alkaloids yang tinggi di mana ia membuatkan darah di dalam badan berasa pahit dan membantutkan pertumbuhan pelbagai jenis virus dan bakteria yang menjadi penyebab utama kepada pelbagai jenis penyakit.


CARA MAKAN BUAH TUNJUK LANGIT

 Cara yang biasa orang-orang dulu makan hanya dikunyah begitu sahaja,ambil sekeping buah tunjuk langit kunyah hingga lumat dan terus ditelan, rasanya memang pahit tapi berbaloi dengan hasilnya.

Kini anda tidak perlu lagi merebus air buat tunjuk langit tersebut. Rasa air ni terlalu kelat & pahit.
 
Buah Tunjuk Langit
 
 
 
 Buah Tunjuk langit dalam bentuk kapsul yang saya beli dari seorang rakan  
 



BUAH DELIMA


Buah delima merupakan anugerah Allah s.w.t. kepada manusia.  Buah ini  telah digunakan oleh manusia sejak beribu-ribu tahun dahulu. Pokoknya boleh tumbuh dan hidup di mana sahaja walaupun pada suhu -10c dan dikawasan yang tidak subur. Pada masa kini masyarakat sudah tidak lagi menggunakannya sebagai sumber kesihatan setelah ubatan kimia menjadi dominan. Hanya sedikit dari kita yang benar-benar tahu mengenai kehebatan dan khasiat keseluruhan bahagian pokok dan buah ini.


Di dalam kedua-dua syurga itu terdapat dua mata air yang memancar (tanpa henti memancutkan airnya).
Maka nikmat Tuhan kamu yang mana satu yang kamu hendak dustakan?
Di dalam keduanya ada terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma serta delima.   arRahman 66-68

 
Buah delima atau nama botaninya Punica Granatum diakui amat berkhasiat dan mempunyai banyak keistimewaan, terrutama dari sudut kesihatan.  Antara khasiat buah delima ini adalah mampu merawat batuk, menguatkan perut, tekak, dada dan paru-paru serta mengubati sakit mata.
 
Buah Delima merupakan sejenis buah yang berasal dari Iran, Himalaya. Ia telah lama ditanam di kawasan medditerranean sebagai antara buah-buahan utama.
 
 

Dalam industri makanan delima dikategorikan dalam kumpulan buah eksotik dan antara sumber makanan yang mempunyai banyak khasiat. Pentingnya delima sebagai sumber makanan terbukti apabila delima di sebut di dalam Kitab Suci Al-Quran sebanyak 3 kali. Pada Zaman Nabi Musa delima di tanama di Syria, Palestin dan Lubnan.
 
 
Delima yang kaya dengan Sodium, riboflavin, thiamin, niacin, vitamin c, kalsium dan fosforus. Antara khasiat delima ialah ia merupakan tonik yang sangat baik untuk jantung. Ia juga membantu mengurangkan sakit jantung.

Ia merupakan antara penawar yang baik untuk membantu masalah keradangan perut. Ia membantu melegakan cirit birit dan disentri.

Pesakit anaemia atau kurang darah juga mendapat manafaat daripada buah delima. Delima yang diambil bersama madu merupakan penawar homopati yang berkesan untuk menangani masalah darah gemuruh dan panik. Amalan makan buah delima merupakan amalan yang baik untuk mengekalkan kesihatan dan fungsi mata.selain daripada buahnya bunga delima juga digunakan untuk merawat banyak penyakit.

Selain daripada itu bunganya yang berwarna merah terang itu merupakan sumber untuk pewarna semulajadi. Buah delima boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan jus.

Selain daripada itu ia banyak digunakan dalam masakan seperti dijadikan sup. Boleh digunakan sebagai pengganti tomato di dalam masakan terutamanya bagi masyarakat timur tengah.






 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan