Sabtu, 1 Jun 2013

PERTANDINGAN GUBAHAN BUNGA DAN HANTARAN

Dewan Bahasa dan Pustaka telah ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Bukit Chandan, Johor Bahru.  Setiap tahun di bulan  Jun merupakan bulan menyambut hari ulang tahun Dewan Bahasa dan Pustaka.  Pelbagai acara  akan diadakan pada bulan itu.  Bagi menambahkan lagi kemeriahan dalam menyambut Hari Ulang Tahun DBP ini, tidak ketinggalan Puspanita DBP juga turut menyediakan pelbagai acara seperti pertandingan blog, pertandingan memasak, pertandingan membuat  membuat gubahan bunga dan hantaran hantaran,  pertandingan sukan dalaman dll.


Aku juga tidak ketinggalan untuk menyertai pertandingan sukan dalaman, membuat blog dan juga akan menyertai pertandingan membuat gubahan hantaran pada minggu depan.   Sama ada menang atau tidak, itu bukan persoalannya, tetapi sebagai staf dan ahli, adalah untuk memeriahkan suasana semasa pertandingan dijalankan nanti.     Majlis penyampaian hadiah akan diadakan pada 11 Jun 2013 nanti.
Pertandingan blog telah pun aku sertai dan hampir 90% telah selesai dibuat.  Dengan kekangan kerja harian, dapat juga aku menulis semasa di waktu rehat, dan jika aku berkesempatan, aku akan menyambungnya di rumah pula.   Kadang kala, idea untuk membuatnya sudah ada, tetapi bila ada ada masa pula, mood untuk membuatnya sudah hilang pula.   Walau apa pun, aku sudah berusaha yang terbaik untuk membuat blog aku agar sentiasa ceria, berilmu dan sesuai untuk sesuai untuk ahli puspanita khususnya.
Rakan sepejabatku memberitahuku, ia ingin menyertai pertandingan gubahan hantaran.  Aku bagaikan tidak percaya, yang ia berani untuk menyertainya.  Terdetik pula di hatiku, "Jika kawanku yang lebih junior daripadaku boleh menyertainya, kenapa tidak aku?"   Aku juga pernah membuat gubahan hantaran untuk adik-adikku seperti membuat bunga paha (bunga telur di atas pelamin), gubahan lipatan seperti sejadah dijadikan katil, gubahan tuala dijadikan buah-buahan, sireh junjung dll.   Setelah memikirkan semua yang telah aku buat, lantas aku pun mengambil keputusan untuk membuat sirih junjung.   Peralatan yang paling penting sudah semestinya daun sireh, bunga, bakul, jarum peniti, gabus, dawai halus.   Yang paling menggusarkan aku ialah daun sireh, kerana jika ketiadaan daun sireh bermakna punahlah harapan aku untuk menyertainya.  Tapi aku akan berusaha untuk mencubanya.   Aku mula mencari bentuk gubahan sireh junjung di internet.  Aklhirnya aku menjumpainya yang boleh aku buat dan kosnya pun agak murah kerana tidak banyak memakai bunga.  Di sini aku sertakan sireh junjung yang akan aku buat.    Jika berkesempatan, aku akan masukkan gambar sireh junjung yang akan aku buat pula.   Sama ada sama atau tidak dengan model sirie junjung ini, kita lihat siapa yang kena, sama ke tidak......(teringat pula Ibrahim Pendek).   Jumpa lagi.

Bentuk sirih junjung yang bakal  aku buat nanti.
Semasa hari pertandingan, ramai pula yang masuk membuat gubahan,, tetapi hanya 3 orang sahaja yang masuk menggubah bunga. Apabila para hakim melihatnya, salah seorang jawatankuasa pertandingan itu telah mengambil gubahanku dan diletakkannya di gubahan bunga.  Aku terpinga-pinga melihat ia mengambil gubahanku.   Walau bagaimanapun, aku gembira juga kerana aku mendapat nombor dua dalam gubahan bunga.  Mungkin jika aku diletakkan di gubahan hantaran, mungkin aku tidak menang pun...Cuba lihat gubahan yang aku buat jauh panggang dari api..hahhahahah...itulah tengok lebih kurang je..maka jadi pun lebih kurang juga lah.....
Gubajam Sirih Junjngku

Sambungan nya di Hari Pertandingan Gubahan