Khamis, 11 Julai 2013

Resipi ~ Makaroni Daging Bercheese



Hari ini merupakan hari yang kedua kita berpuasa.   Kadang kala pening juga untuk memikirkan apa juadah untuk dibuat berbuka puasa.   Aku tidak kisah apa jua untuk berbuka puasa, tetapi kesian pula dengan anak-anakku yang tidak suka untuk makan nasi.  Dengan adanya menu ini, bolehlah aku mencubanya di hujung minggu ini...

..ini kisahnya : Resipi ~ Makaroni Daging Bercheese.


1. Rebus berasingan macaroni dalam segenggam dua dan kentang.  (5 biji kentang kecil atau 3 biji kentang besar) Kentang hendaklah dipotong dadu dahulu.

2.  Daging kisar ditumis dengan sebiji bawang besar, (minyak diletak hanya sesudu saja) serbuk lada hitam (jika hendak pedas letakkan banyak sikit).  Masukkan sedikit garam dan perisa yang anda suka.



3.  Ambil bekas yang agak besar.  Campurkan macaroni dan kentang rebus.  Masukkan daging kisar yang telah ditumis. Masukkan juga 3 biji telur.  Gaul kesemua bahan tadi.
4.  Masukkan ke dalam bekas leper dan ratakan.







5.  Tabur cheese di atas bahan yang digaul tadi dan bakar hingga masak.



Saya beli cheese ni je...